Pages

5.18.2010

KUASA DOA

Dipetik dr emel yang dikirimkan oleh seorg sahabat...Jom kita sama2 menghayati nya..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Buat sahabat-sahabat AIKOL,
Ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, dan jazakumullah khairan di atas doa dan solat hajat sahabat-sahabat semua ketika saat genting peristiwa kemalangan anak ana Khamis lepas 13/5/10. Peristiwa ini telah mengajar ana untuk lebih bergantung kpd Allah swt yang Maha Berkuasa dan agar lebih berhati-hati dalam apa-apa pekerjaan. Sekarang ana lebih memahami maksud ayat "innallah 'ala kulli shai'in qadiir" (Sesungguhnya Allah berkuasa dia atas setiap sesuatu). Dia telah menunjukkan kekuasaanNya di depan mata ana sendiri. Walaupun anak ana digilis tayar kereta, tapi kuasa Allah mengatasi hukum adat. Setelah dibuat x-ray dan ultra sound didapati tubuhnya tidak cedera dan tiada satu tulangpun yang patah. Ana hanya mampu berkata Subhanallah dalam linangan airmata. Alhamdulillah dia telah keluar hospital pada hari sabtu 15/5/2010 (my birthday).

Ramai sahabat yang bertanya "ade ke amalan atau doa yang ustaz amalkan? kalau ada tolong share dgn kami". Di sini ana nak share dengan sahabat-sahabat satu kisah yang disebut di dalam kitab Jami' al-Ahadith karangan Imam al-Suyuti:

Seorang lelaki datang kepada seorang sahabat nabi saw bernama Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya. Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini." Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Apakah doa itu? Ini dia
Maksudnya:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkaulah Tuhan 'arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki- Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmuNya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Ana mengamalkan doa ini setiap selepas solat Subuh dan Maghrib dengan MENGHADIRKAN MAKNANYA. Ana tidaklah bermaksud bahawa doa inilah yang menyelamatkan anak ana, ana meyakini bahawa itu semua adalah qada' dan qadar Allah swt. jua. Kita sebagai hamba yang kerdil hanyalah menggantungkan harapan kita kpd Allah swt agar dijauhi dari segala bencana.

Di sini juga ana nak share satu kisah yang berlaku kepada sahabat ana yang juga mengamalkan doa ini. Suatu hari beliau telah diberitahu oleh seorang sahabatnya agar ke hospital segera kerana anaknya dilanggar kereta yang sedang bergerak laju. Anaknya melambung akibat rempuhan kereta itu dan menurut sahabatnya mungkin anak itu sudah meninggal dunia. Sahabat ana menjawab bahawa dia rasa anaknya tidak mati kerana dia telah membaca doa tersebut pada pagi hari itu. Setibanya di hospital, didapati anakya hanya mendapat luka-luka ringan sahaja. Subhanallah.

Sahabat-sahabat sekelian.
Nyawa kita di tangan Allah. Apabila sampai ajal kita, tidak akan lewat walaupun satu saat. Sentiasalah kita mengharapkan rahmat Allah dan berdoa agar kita dimatikan dalam husnul khatimah.


Sekian

Dari hamba Allah yang hina dan banyak dosa: Zainudin.
Sama-sama kita amalkan..tidak salah dan tidak perlu duit pun untuk memohon pertolongan drpd Allah...Semoga kita mendapat rahmat dr-Nya.

1 comments:

Mama Zharfan said...

tq for this posting :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks