IbuEriem
Nottingham & Perth....bertemu juga kita di Malaysia...hehehe..MamaAF = mama Aqiel Faris dan Atieq Faisal....aka Sherry or pn pah..xtually pn pah ni rakan seforecast, sedegree, sebilik, semaster, seofis, serumah,... se apa lg ek?? ehehe....my best friend ever....

mmg kitorg plan nak pi conference sama2 kat malaysia...so, aqiel n family dr perth dan eriem n family dr nottingham...kami reunion balik di malaysia...beessstt kan....tp kekangan masa, xlama pun dapat berjumpa bergossip2, bergelak ketawa..

ni gambar ibu dan mamaAf masa di conference..

-pn ruk & pn pah-

-Ibu Eriem, MamaAF, Ibu Agoo aka afiq, Mak Adam Hawa (swweeett nama ni kak norM..tengah duk layan sumpah bunian ni...sape y layan citer ni, tau laa kisah adam hawa!!)-

-MamaAf & kawannya (sape nama ek pn pah, lupa daa...)-

Kami conference selasa hingga jumaat...tp rabu, kami ponteng jap...pi JB....sbb aqiel nak lawat rumah baru dia yeeaaa!!!

-Eriem & Aqiel @ Melaka-

-masing2 nak buat peace kot nyer-

-singgah melaka tuk lunch with dayat & intan-

-lupa daa nak amik gmbr rumah aqiel..ni rumah jiran aqiel klu xsilap..ehehe-
mana atieq???lupa ler nak amik gmbr atieq..sbb tkejar2..kami dah nak balik ke KL masa ni..sbb dah petang...huhuhu...atieq ada dlm keta merah ni...duk nangis2, n mama dia xdgr..kihkih...ada ingat pn pah???

p/s: pn pah..ni picas in malaysia as requested..amik jer gmbr kat sini bleh x?? saya try nak send guna email, tp xdapat...klu nak gak, nnt kita guna ym k...amacam??
IbuEriem
Lama xmasukkan video eriem kat cni...mmg ssh nak amik video or pic eriem skrg ni...ibu br jer pegang camera, dia dah cakap "i see...i see..."...sibuk nak tgk video dia...pastu, klu dah tgk video, dia akan gelak kuat2...bangga laa kot tgk diri sendiri dlm camera tu...ehehe...

vidoe ni, sorry laa yerr..teknik pegang camera ibu salah...huhuu...so, korg pusing 90 degree monitor korg or sengetkan kepala korg 90 degree..hahaha...xkuasa gitu...kihkih..

video


video

tu laa dia..suka nyanyi sorg2...lum tgk klu eriem duk bebel sorg2... ;p klu ada peluang, nnt ibu amik gmbr erim bebel plak ek..ehehe
IbuEriem
Eriem di Univ of Nottingham ketika aktiviti NMC di adakan di situ...berlatar belakangkan mercu tanda Univ of Nottingham, TRENT BUILDING...


Macam-macam gaya adaa....

bersama abg ikhwan...


IbuEriem
RAYA 2009
Arwah Ibraheem : duduk depan paling kiri

Pada 07.11.2009, kami dikejutkan dengan panggilan telepon daripada uwan eriem pd pukul 3pagi waktu UK, kira-kira 11pagi waktu malaysia...Hanya Allah saja y tahu perassan kami pada ketika itu apabila mendapat tau, anak kepada cousin ayah, arwah Mohd Ibraheem Shah b. Shahrial, telah pegi untuk selama-lamanya pada usia 2tahun 6bulan....Hanya doa dan Al-Fatihah dr kami menemanimu di sana..Moga ALLAH menempatkan dirimu di syurga..ameen...

Arwah Ibraheem dilahirkan lebih kurang 2 minggu lebih awal daripada Eriem...Eriem dan arwah aqiqah bersama2...kenangan itu masih segar dalam ingatan kami....

-Bergambar kenangan di hari aqiqah- -ciuman kasih seorang nenek-

-Eriem dan Ibraheem ketika baru sebulaan lebih melihat dunia-
IbuEriem
rindu laa time camni...enjoy2 dgn eriem...gi holiday dgn eriem n ayah...kejar2..gelak2...
ehehe..
pssstt hint nak ajak ayah jalan2 christmas holiday ni laa ni..hihiii
IbuEriem
Salam semua...
Lama sungguh ibu x merapu citer pasal Eriem kat sini...tis entry, ibu nak cerita pasal 'kegilaan' eriem buat masa ini...

Inilah dia movie yang menjadi kegilaan eriem skrg ni....

CARS



Eriem start 'gila' tgk movie ni lps ayah download dalam komputer...saje je laa..ingat kan ayah nak ajak anak dia layan sama2 tgk movie...rupa-rupanya anak dia MEMANG LAYAN....
tiap2 hari, pagi petang, siang malam..mesti nak tgk movie nih...biasa nyer malam2 pun, ttido sbb tgk movie nih...eriem pun dah hafal dah skrip, dah tau dah pe y akan mcqueen kata n so on..kelakar!!! mmg fanatik betul eriem kat movie cars ni skrg....tp ayah n ibu pun layan gak movie ni walau bkali2 tgk..bagi ibu mmg xpuas laa tgk movie ni...seronok...(patut pun kan..anak ikut perangai ibu...kihkih)..
yang lagi best pasal eriem ni...dalam byk2 character cartoon kat dalam movie ni...HERO : the self-centered rookie Lightning McQueen , and racing cars yang lain, The King and Chick Kicks.... Mater


Duc Hanson

dan macam2 lagi laa...dan yang paling eriem minat dan yang menjadi pujaan hati eriem..pi mana2 pun eriem akan sebut...
MACK

Ibu pun xtau laa pe istimewa nya Mack ni..ehehe...boleh dikatakan semua character dalam movie ni, eriem dah ada toys nyer...tp mack jer y xde...so, tgk eriem minat sangat kat Mack ni, ibu pun belikan eriem Mack...
Lepas ibu beli Mack ni, balik skul, masuk jer keta, tanya Mack...balik rumah melompat2 terus main mack...nak naik ke bilik tdo, kena bawak mack..nak turun bawah, kena bawak mack...so, skrg ni...MAAACCCCKKK jer laaa....

p/s: klu eriem tgk blog ibu ni, konpem eriem akan menjerit2!!!!mack..mack!!!ahahaha
IbuEriem
PERINGATAN untuk IBU, AYAH, ERIEM dan semua pembaca blog kami...dipetik daripada email yanng ibu terima...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)
Blog Widget by LinkWithin