Pages

5.28.2010

he's THREE today!!

Today my little cutie turned three years old!

Ayah dan ibu doakan semoga eriem menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat..ameen.. Read more "he's THREE today!!..."

Jom Join Contest!

This is a sticky post!!
entry terbaru semua di bawah..

Read more "Jom Join Contest!..."

5.25.2010

@>--- Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

This time ibu nak masuk contest lg...contest ni saaaangat special for ibu coz ia adalah contest HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN for bestfriends ibu!!

Ok, contest ni dianjurkan oleh aunty eina a.k.a MamaAqif, sempena anniversary MamaAqif, aunty sherry a.k.a MamAqielAtieq and Aunty Keen a.k.a MamaHidayah.

Ibu dah kenal MamaAqif sejak dari form 4..kami satu dorm, duk sebelah katil masa kat MRSM PC..n masa form 5, kami duk kongsi cube (mcm bilik gak, kongsi bdua)..mmg dulu sgt2 rapat smpi pegi mana2 bersama walaupun kami blainan kelas...klu gaduh pun, boleh lg pegi balik ke kelas sama2...smpi org akan nmpk pelik klu ada ibu, tp MamaAqif xde or ada MamaAqif, ibu xde...ehehe kelakar giler klu ingat kenangan dulu2...

then 'jodoh' kami masih panjang...alhamdulillah, kami sama2 dapat masuk ke Program Express MARA-UTM (eina, nape awak dapat express mara bukan trak pantas? awak kan akaun??ahaha br skrg tfikir or saya dah hilang ingatan...mmg awak apply for express mara ek?)...semasa program express mara ni lah ibu kenal MamAqielAtieq dan MamaHidayah (diorg dr MRSM Jasin)..

Dan yang menjadikan kitorg sgt2 rapat sebab hanya kami berempat sahaja girl dr program express mara yang masuk ke Sarjana Muda Matematik Industri...Ibu pernah satu bilik dgn MamAqielAtieq dan MamaHidayah selama setahun..

-kami bersama2 coursemate SSM-

Selepas abis 1st degree, Ibu, MamAqielAtieq dan MamaHidayah sambung buat master kat UTM n kami bertiga dapat jadi tutor di jabatan matematik..abis master, kongsi duk rumah 'IBK' sama2..ahaha best giler pengalaman tu...n masa ni, MamaAqif dah dapat kije sbg pensyarah di YPJ...

dan sekarang ni, ibu dan MamAqielAtieq berkerja di UTM, MamaHidayah pulang ke kampung halaman ;p, kerja di UKM dan MamaAqif pun balik kije kat kampung di UITM Jengka...bila ek ibu nak balik kije terengganu?? ;p

ni saje ibu masukkan gambar zaman muda2..zaman kurus dulu2 (adoyai..bila laa nak kurus balik ni)...kenangan ibu n kawan2 ibu ni...xbyk gmbr sbb dulukan camera pakai filem..so ni pun y ada disimpan dlm laptop ibu disini...
ni masa MamaHidayah belanja makan KFC...

ni plak masa ibu, MamaqielAtieq, MamaAqif n MamaWildan jalan2 kat sureheboh johor..

Walaupun sekarang ni kitorg terpisah 3benua..ahaha...Ibu di UK, MamAqielAtieq di Perth, MamaHidayah di Sydney n MamaAqif di Malaysia, tp ibu doakan semoga persahabatan kita kekal smpi bila2...

May merupakan bulan y special untuk kitorg...walaupun anniversary perkahwinan ibu pada bulan 8, tp ibu tetap ada celebration in may iaitu Eriem's birthday...Kebetulan kan??..boleh kita celebrate sama2....apa tarikh special itu??

27 Mei ----> Sakhinah+Hamim Anniversary
28 Mei ----> Rukaida+Waqar's Hero Birthday
29 Mei ----> Sy Zyurina+Faiz Anniversary
31 Mei ----> Marina+Syaiful Anniversary

nnt klu semua dah ada kat malaysia, kita celebrate sama2 yer...ehehe...

Ibu nak imbas kembali kenangan majlis perkahwinan sahabat2 ibu....gambar2 yang ada dalam simpanan ibu...

****************SAKHINAH+HAMIM****************


27/05/2006

ibu bersama MamaHidayah

Ni lah Family Hidayah!!
Happy Anniversary yang ke-4 buat Keen n Hamim...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan Hidayah dapat adik ramai2!! ;p


************SY ZYURINA+FAIZ**************

29/05/2005

Ibu with MamAqielAtieq
Ibu jadi tukang sapu air mata 'wink2' ;p

and........

This is a happy family!! family Aqiel n Atieq!!
Happy Anniversary yang ke-5 buat Sherry dan Comelz..
Semoga bahagia menjadi milik kalian selamanya..

***************MARINA+SYAIFUL**************

31/05/2008

untuk majlis MamaAqif, ibu sgt terkilan xdapat memeriahkan majlis...masa ni ibu dah kat UK...xcukup budget nak balik malaysia ehehe..gmbr2 pun amik dr blog MamaAqif..ibu ada simpan gmbr yang MamaAqif kirimkan kat ibu, tp xjumpa dlm folder mana..adoyai lupa...xpe lah kan..nnt masa aqif kawin, eriem jadi pengapit yer..ehehehe...

sweeeetttt family of Aqif
Happy 2nd Anniversary buat Marina dan Syaiful

Semoga bahagia selamanyer dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Illahi..


*******************RUKAIDA+WAQAR**********************

uissshhh panjang nyer intro contest..brp hari ibu buat ni tau..asyik tertangguh jer..ahaha...ok syarat2 contest
1) buat entry tajuknya ' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ' (DONE)
2) add blog mama aqif ngan blog aunty sherry kat dalam bloglist tau ;p (DONE, dah lama dah ;p)
3) letakla banner gambar mama aqif n family dalam entry n link back ke entry ni ye
-saje nak promote mama aqif hahahaha ...


4) dalam entry tu korang letak ar gmbr kahwin korg yg cun2 ;p
kalau tak kawin lagi letak ar gmbr tunang

kalau tak tunang lagi, letak ar gmbr korg ngah berposing sakan

-sesaje nak suh korg promote diri korg plak ;p

5) pastu cerita sikit gana korg kenal ngan pasangan (saje nak tahu :p ), kalau takde pasangan lagi korg cerita la apa2 yg korg nak cerita
6) pastu cam biasa tinggalkan la comment kat entry ni (DONE)

isshh adalah syarat no 4 n no 5 tu..no 4 ok lgi..no 5 tu xtau nak story mory camana..ahaha..malu ahaks...

Ok, ibu imbas kembali (sikit2 laa ek) camana ibu dan ayah berkenalan dan hari bersejarah buat kami...

ehem..ehem...ehehe...ibu dan ayah sama2 masuk program express mara UTM selepas je SPM tahun 1999...klu ikut kenal dah 11tahun ibu kenal ayah...tp masa tu ibu masih 'jual mahal' w/pun ayah ada cakap nak bkenalan ahaha...ibu hanya kenal ayah sbg ketua group dlm program tsebut...slps abis program slama 6bulan, ibu dan ayah terpisah ke haluan minat memasing, ibu ke Fakulti Sains dan ayah ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik...tp kami menetap di Kolej kediaman yang sama....

Lama jugak laa ibu dan ayah bawak hal masing2..ntah camana pada 2001, melalui program kolej, kami bkawan...n bermulalah macam2 kisah kenangan suka duka..ahaha...

dan pada genap umur ibu 24 tahun, iaitu masa birthday ibu 31/03/2006, ibu bertunang dgn ayah...ni kenangan di majlis pertunangan ibu...
then, kami bersetuju unutuk tidak btunang terlalu lama....pada tanggal 19/08/2006, ibu dan ayah selamat disatukan..Alhamdulillah....
kad kahwin sebagai kenangan..hijau dan orange...coz kenduri rumah ibu tema hijau, kat umah ayah tema orange...

Alhamdulillah, smpi sekarang ibu dan ayah masih bahagai dan kami doakan agar segala rintangan dapat kami lalui bersama dan perkahwinan ini akan berkekalan dalam keberkatan Illahi selamanya..ameen...

dan hidup ibu dan ayah bertambah bahagia dgn kehadiran hero kesayangan kami pada 28/05/2007...
Geram ibu kat si debab ni tau!!! ahaha

...this is the latest version of our happy family...

Done!!! uishh penat buat contest ni...berhari2 nak siap..ahaha...hope bleh laa dapat hadiah dr sydney , perth n sarawak!!! ahahaha

PANJANG YER ENTRY NI...sib baik contest nih xde max patah perkataan..kihkih
Read more "@>--- Hadiah Ulangtahun Perkahwinan..."

GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU!

Sempena hari guru yang lepas, Cikgu Ayu telah adakan giveaway...So dalam masa2 tunggu matlab ibu tengah running ni, ibu nak masuk contest...kenangkan jasa guru...

Semua bekas cikgu ibu adalah terbaik...dari Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, ke Sekolah Menengah Agama Khairiah dan seterusnye ke MRSM Pengkalan Chepa, semua cikgu telah berjasa pada ibu..dan jasa mereka tidak terbalas...kerana tunjuk ajar mereka, ibu smpi ke tahap ini...TERIMA KASIH CIKGU...

Tp dalam byk2 cikgu, ibu pilih CIKGU SITI ZAINAB...sbb ibu ada gambar kenangan bersama beliau dan beliau lah BONDA ibu di MRSM PC.....
NAMA GURU : PN SITI ZAINAB
TAHUN GAMBAR DIAMBIL : 1999
TEMPAT GAMBAR DIAMBIL : MRSM PENGKALAN CHEPA
SEBAB CIKGU NI MENJADI GURU KESAYANGAN ANDA:

Gambar di atas adalah gambar HOMEROOM IQBAL2...Cikgu Siti Zainab ni merupakan BONDA untuk anak2 dlm IQBAL2...
Cikgu Siti Zainab mengajar kami matapelajaran BAHASA MELAYU ketika form 4 dan form 5..

Memang tidak dinafikan, Cikgu Siti Zainab ni terkenal kerana ke'garang'an beliau...rasa nyer semua pelajar beliau akan merasa cubitan cikgu...boleh dikatakan setiap kali kelas cikgu bermula, kami dah bersedia untuk dicubit..ahahaha...tp kerana CUBITAN itulah, kami sentiasa memberi tumpuan dalam kelas...tidak mengantuk seperti subjek lain..dan kerana Cikgu lah kami berjaya utk subjek Bahasa Melayu!!! TERIMA KASIH CIKGU...

Disebabkan Cikgu Siti Zainab menjadi Felo, kami selalu jugak melepak di rumah cikgu..kebetulan suami cikgu bekerja di luar kawasan, kami akan kerumah cikgu untuk makan2 atau menjaga baby cikgu...Sangat2 manis pengalaman itu...

Yang paling ibu terharu, ada satu peristiwa yang xdapat ibu lupakan...Ketika itu ibu bersendiri (ceeewaahhh) di dalam library...konon nye tgh pulun tuk SPM...tetiba datang Cikgu Siti Zainab, beliau menyuruh ibu mengisi form utk permohonan apa ntah masa tu...tp form tu mmg penting, dan ibu lupa utk isi...menurut kawan ibu, Cikgu merayau2 dlm library tersebut mencari ibu dan bertanya bbrp org kawan ibu dlm library tersebut..baru lah cikgu siti zainab dapat menemui ibu....mmg terharu.....Terima Kasih Cikgu!!

Masa tahun 2004, adalah last ibu bercakap melalui phone dgn Cikgu Siti Zainab...ketika itu ibu menjemput cikgu ke Majlis Kawin kami...dan yang tidak disangka, cikgu masih ingat mohd zul-waqar (my hubby)...ayah merupakan student Cikgu Siti Zainab di MRSM Kuala Kelawang...Ya Allah, kecikkan dunia..ehehe...dan seronok nyer, ibu dan ayah boleh bkongsi cerita tentang cubitan cikgu...ehehe

Dah lama xcontact cikgu...Aku rindu pada mu cikgu...dan terima kasih di atas segala jasa mu terhadap ku.....untuk Cikgu Siti Zainab,

dan untuk semua guru2 di Malaysia, my sister, Kak Da, Kak Na, Kak Nie dan Kak Ya, my friends, termasuk lecturer...pendidik jugakkan dan teristimewa utk Cikgu Ayu...


Read more "GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU!..."

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse

Sempena Pembukaan "Online Shop" InfantiaHouse yang dilancarkan pada 14.02.2010, tokeykedai buat contest...

Salah satu syarat nyer adalah letakkn gambar anak sendiri y berumur
0 - 4 tahun sedang tidur nyenyak bersama bantal ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)

So, ibu letak gambar Eriem masa baby...skrg eriem 3tahun..layak lg masukkan..ehehe...hope tokeykedai terima...Gambar ni diambil oleh Uwan Eriem masa ibu pegi kerja...masa ni Eriem 2bulan...Ibu suka sgt tgk gaya tdo eriem ni..macam org solatkan??ehehe...InsyaAllah, tdo dalam iman....

Nama: MUHAMMAD ERIEM SHAKIMIE BIN MOHD ZUL-WAQAR
Umur: 3Tahun
Tarikh Lahir: 28/05/2007

Warna Kegemaran: Green ;p (Eriem selalu cakap I like green..)


Moga2 dapat lah hadiah bantal yang empuk, gemuk lagi montok dari InfantiaHouse ni!!! Read more "ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse..."

Double Birthday GiveAway by Liesa

Jom kita pakat join Giveaway by Liesa...Rules nyer sgt2 mudah dan hadiah disponsor oleh MyCollection2U. Mana lah tau ada tuah ibu kali ni kan.....
Read more "Double Birthday GiveAway by Liesa..."

5.24.2010

St Andrews, Scotland

Masa ke Scotland hari tu, kitorg sempat ke St Andrews..kitorg ke sana sbb ada sorg peminat golf kat rumah ni...ikutkan jer laa kan... ;p

"I fell in love with it the first day I played it. There's just no other golf course that is even remotely close."
Jack Nicklaus

"Without a doubt I like it the best of all the Open venues. It's my favourite course in the world."
Tiger Woods

The Old Course is the Home of Golf where golf was first played 600 years ago. It remains a real test of golf for today's champions. The fabled original links course is synonymous with The Open Championship which it has hosted more times than any other venue and will host for a 28th time in 2010. Despite its reputation and status, it is a public course and is one of seven public courses at St Andrews Links.

tgk laa senyuman manis peminat golf dapat ke St Andrew...susah tau nak tgk senyum camni!!

ni laa gaya senyum dlm hati ada taman!! ahaha...

gaya seorg juara!! bukak glove lps buat pukulan yer??

alamak, nak torek tidung rupanyer..ahaha


cantik pantai di St Andrews..seronok betul eriem dapat mai
Read more "St Andrews, Scotland..."

5.19.2010

Farrihin's 2nd Birthday Giveaway

Happy 2nd birthday to Farrihin..Semoga membesar dgn cemerlang dan menjadi anak y soleh...sempena birthday Farrihin, mama Farrihin buat giveaway...Sooooo, ibu nak join!!!
Tq Farrihin n family! Read more "Farrihin's 2nd Birthday Giveaway..."
Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks