Pages

5.25.2010

GIVEAWAY CIKGU AYU- TERIMA KASIH CIKGU!

Sempena hari guru yang lepas, Cikgu Ayu telah adakan giveaway...So dalam masa2 tunggu matlab ibu tengah running ni, ibu nak masuk contest...kenangkan jasa guru...

Semua bekas cikgu ibu adalah terbaik...dari Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, ke Sekolah Menengah Agama Khairiah dan seterusnye ke MRSM Pengkalan Chepa, semua cikgu telah berjasa pada ibu..dan jasa mereka tidak terbalas...kerana tunjuk ajar mereka, ibu smpi ke tahap ini...TERIMA KASIH CIKGU...

Tp dalam byk2 cikgu, ibu pilih CIKGU SITI ZAINAB...sbb ibu ada gambar kenangan bersama beliau dan beliau lah BONDA ibu di MRSM PC.....
NAMA GURU : PN SITI ZAINAB
TAHUN GAMBAR DIAMBIL : 1999
TEMPAT GAMBAR DIAMBIL : MRSM PENGKALAN CHEPA
SEBAB CIKGU NI MENJADI GURU KESAYANGAN ANDA:

Gambar di atas adalah gambar HOMEROOM IQBAL2...Cikgu Siti Zainab ni merupakan BONDA untuk anak2 dlm IQBAL2...
Cikgu Siti Zainab mengajar kami matapelajaran BAHASA MELAYU ketika form 4 dan form 5..

Memang tidak dinafikan, Cikgu Siti Zainab ni terkenal kerana ke'garang'an beliau...rasa nyer semua pelajar beliau akan merasa cubitan cikgu...boleh dikatakan setiap kali kelas cikgu bermula, kami dah bersedia untuk dicubit..ahahaha...tp kerana CUBITAN itulah, kami sentiasa memberi tumpuan dalam kelas...tidak mengantuk seperti subjek lain..dan kerana Cikgu lah kami berjaya utk subjek Bahasa Melayu!!! TERIMA KASIH CIKGU...

Disebabkan Cikgu Siti Zainab menjadi Felo, kami selalu jugak melepak di rumah cikgu..kebetulan suami cikgu bekerja di luar kawasan, kami akan kerumah cikgu untuk makan2 atau menjaga baby cikgu...Sangat2 manis pengalaman itu...

Yang paling ibu terharu, ada satu peristiwa yang xdapat ibu lupakan...Ketika itu ibu bersendiri (ceeewaahhh) di dalam library...konon nye tgh pulun tuk SPM...tetiba datang Cikgu Siti Zainab, beliau menyuruh ibu mengisi form utk permohonan apa ntah masa tu...tp form tu mmg penting, dan ibu lupa utk isi...menurut kawan ibu, Cikgu merayau2 dlm library tersebut mencari ibu dan bertanya bbrp org kawan ibu dlm library tersebut..baru lah cikgu siti zainab dapat menemui ibu....mmg terharu.....Terima Kasih Cikgu!!

Masa tahun 2004, adalah last ibu bercakap melalui phone dgn Cikgu Siti Zainab...ketika itu ibu menjemput cikgu ke Majlis Kawin kami...dan yang tidak disangka, cikgu masih ingat mohd zul-waqar (my hubby)...ayah merupakan student Cikgu Siti Zainab di MRSM Kuala Kelawang...Ya Allah, kecikkan dunia..ehehe...dan seronok nyer, ibu dan ayah boleh bkongsi cerita tentang cubitan cikgu...ehehe

Dah lama xcontact cikgu...Aku rindu pada mu cikgu...dan terima kasih di atas segala jasa mu terhadap ku.....untuk Cikgu Siti Zainab,

dan untuk semua guru2 di Malaysia, my sister, Kak Da, Kak Na, Kak Nie dan Kak Ya, my friends, termasuk lecturer...pendidik jugakkan dan teristimewa utk Cikgu Ayu...


3 comments:

Mama Zharfan said...

pic me zmn sek semua ada kat kg...so tak dapek nak join...good luck to u!!

Wanna said...

ehehe..sama laa dgn saya...gmbr ni sib baik ada kwn uploadkan kat fb.. ;p
tq..tq..mharapkan as lucky as u!!

Ayu Cute said...

Salam dear....terharunya bila baca entry u ni....gud luck ye!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks