This time ibu nak masuk contest lg...contest ni saaaangat special for ibu coz ia adalah contest
HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN for bestfriends ibu!!
Ok, contest ni dianjurkan oleh aunty eina a.k.a
MamaAqif, sempena anniversary MamaAqif, aunty sherry a.k.a
MamAqielAtieq and Aunty Keen a.k.a MamaHidayah.
Ibu dah kenal MamaAqif sejak dari form 4..kami satu dorm, duk sebelah katil masa kat MRSM PC..n masa form 5, kami duk kongsi cube (mcm bilik gak, kongsi bdua)..mmg dulu sgt2 rapat smpi pegi mana2 bersama walaupun kami blainan kelas...klu gaduh pun, boleh lg pegi balik ke kelas sama2...smpi org akan nmpk pelik klu ada ibu, tp MamaAqif xde or ada MamaAqif, ibu xde...ehehe kelakar giler klu ingat kenangan dulu2...
then 'jodoh' kami masih panjang...alhamdulillah, kami sama2 dapat masuk ke Program Express MARA-UTM
(eina, nape awak dapat express mara bukan trak pantas? awak kan akaun??ahaha br skrg tfikir or saya dah hilang ingatan...mmg awak apply for express mara ek?)...semasa program express mara ni lah ibu kenal MamAqielAtieq dan MamaHidayah (diorg dr MRSM Jasin)..
Dan yang menjadikan kitorg sgt2 rapat sebab hanya kami berempat sahaja girl dr program express mara yang masuk ke Sarjana Muda Matematik Industri...Ibu pernah satu bilik dgn MamAqielAtieq dan MamaHidayah selama setahun..
-kami bersama2 coursemate SSM-
Selepas abis 1st degree, Ibu, MamAqielAtieq dan MamaHidayah sambung buat master kat UTM n kami bertiga dapat jadi tutor di jabatan matematik..abis master, kongsi duk rumah 'IBK' sama2..ahaha best giler pengalaman tu...n masa ni, MamaAqif dah dapat kije sbg pensyarah di YPJ...
dan sekarang ni, ibu dan MamAqielAtieq berkerja di UTM, MamaHidayah pulang ke kampung halaman ;p, kerja di UKM dan MamaAqif pun balik kije kat kampung di UITM Jengka...bila ek ibu nak balik kije terengganu?? ;p
ni saje ibu masukkan gambar zaman muda2..zaman kurus dulu2
(adoyai..bila laa nak kurus balik ni)...kenangan ibu n kawan2 ibu ni...xbyk gmbr sbb dulukan camera pakai filem..so ni pun y ada disimpan dlm laptop ibu disini...
ni masa MamaHidayah belanja makan KFC... ni plak masa ibu, MamaqielAtieq, MamaAqif n MamaWildan jalan2 kat sureheboh johor.. Walaupun sekarang ni kitorg terpisah 3benua..ahaha...Ibu di UK, MamAqielAtieq di Perth, MamaHidayah di Sydney n MamaAqif di Malaysia, tp ibu doakan semoga persahabatan kita kekal smpi bila2...
May merupakan bulan y special untuk kitorg...walaupun anniversary perkahwinan ibu pada bulan 8, tp ibu tetap ada celebration in may iaitu Eriem's birthday...Kebetulan kan??..boleh kita celebrate sama2....apa tarikh special itu??
27 Mei ----> Sakhinah+Hamim Anniversary
28 Mei ----> Rukaida+Waqar's Hero Birthday
29 Mei ----> Sy Zyurina+Faiz Anniversary
31 Mei ----> Marina+Syaiful Anniversary
nnt klu semua dah ada kat malaysia, kita celebrate sama2 yer...ehehe...
Ibu nak imbas kembali kenangan majlis perkahwinan sahabat2 ibu....gambar2 yang ada dalam simpanan ibu...
****************SAKHINAH+HAMIM****************
27/05/2006
Ni lah Family Hidayah!!
Happy Anniversary yang ke-4 buat Keen n Hamim...Semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan Hidayah dapat adik ramai2!! ;p
************SY ZYURINA+FAIZ**************
29/05/2005
Ibu with MamAqielAtieq
Ibu jadi tukang sapu air mata 'wink2' ;p
and........
This is a happy family!! family Aqiel n Atieq!!
Happy Anniversary yang ke-5 buat Sherry dan Comelz..Semoga bahagia menjadi milik kalian selamanya..
***************MARINA+SYAIFUL**************
31/05/2008
untuk majlis MamaAqif, ibu sgt terkilan xdapat memeriahkan majlis...masa ni ibu dah kat UK...xcukup budget nak balik malaysia ehehe..gmbr2 pun amik dr blog MamaAqif..ibu ada simpan gmbr yang MamaAqif kirimkan kat ibu, tp xjumpa dlm folder mana..adoyai lupa...xpe lah kan..nnt masa aqif kawin, eriem jadi pengapit yer..ehehehe...
sweeeetttt family of Aqif
Happy 2nd Anniversary buat Marina dan SyaifulSemoga bahagia selamanyer dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Illahi..
*******************RUKAIDA+WAQAR**********************
uissshhh panjang nyer intro contest..brp hari ibu buat ni tau..asyik tertangguh jer..ahaha...ok syarat2 contest
1)
buat entry tajuknya ' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan ' (DONE)
2)
add blog mama aqif ngan blog aunty sherry kat dalam bloglist tau ;p (DONE, dah lama dah ;p)
3)
letakla banner gambar mama aqif n family dalam entry n link back ke entry ni ye
-saje nak promote mama aqif hahahaha ...4)
dalam entry tu korang letak ar gmbr kahwin korg yg cun2 ;p
kalau tak kawin lagi letak ar gmbr tunang
kalau tak tunang lagi, letak ar gmbr korg ngah berposing sakan
-sesaje nak suh korg promote diri korg plak ;p5)
pastu cerita sikit gana korg kenal ngan pasangan (saje nak tahu :p ), kalau takde pasangan lagi korg cerita la apa2 yg korg nak cerita6)
pastu cam biasa tinggalkan la comment kat entry ni (DONE)
isshh adalah syarat no 4 n no 5 tu..no 4 ok lgi..no 5 tu xtau nak story mory camana..ahaha..malu ahaks...
Ok, ibu imbas kembali (sikit2 laa ek) camana ibu dan ayah berkenalan dan hari bersejarah buat kami...
ehem..ehem...ehehe...ibu dan ayah sama2 masuk program express mara UTM selepas je SPM tahun 1999...klu ikut kenal dah 11tahun ibu kenal ayah...tp masa tu ibu masih 'jual mahal' w/pun ayah ada cakap nak bkenalan ahaha...ibu hanya kenal ayah sbg ketua group dlm program tsebut...slps abis program slama 6bulan, ibu dan ayah terpisah ke haluan minat memasing, ibu ke Fakulti Sains dan ayah ke Fakulti Kejuruteraan Elektrik...tp kami menetap di Kolej kediaman yang sama....
Lama jugak laa ibu dan ayah bawak hal masing2..ntah camana pada 2001, melalui program kolej, kami bkawan...n bermulalah macam2 kisah kenangan suka duka..ahaha...
dan pada genap umur ibu 24 tahun, iaitu masa birthday ibu 31/03/2006, ibu bertunang dgn ayah...ni kenangan di majlis pertunangan ibu...
then, kami bersetuju unutuk tidak btunang terlalu lama....pada tanggal 19/08/2006, ibu dan ayah selamat disatukan..Alhamdulillah....
kad kahwin sebagai kenangan..hijau dan orange...coz kenduri rumah ibu tema hijau, kat umah ayah tema orange... Alhamdulillah, smpi sekarang ibu dan ayah masih bahagai dan kami doakan agar segala rintangan dapat kami lalui bersama dan perkahwinan ini akan berkekalan dalam keberkatan Illahi selamanya..ameen...
dan hidup ibu dan ayah bertambah bahagia dgn kehadiran hero kesayangan kami pada 28/05/2007...
Geram ibu kat si debab ni tau!!! ahaha ...this is the latest version of our happy family... Done!!! uishh penat buat contest ni...berhari2 nak siap..ahaha...hope bleh laa dapat hadiah dr sydney , perth n sarawak!!! ahahaha
PANJANG YER ENTRY NI...sib baik contest nih xde max patah perkataan..kihkih
Read more "@>--- Hadiah Ulangtahun Perkahwinan..."