Pages

9.03.2009

Al-Fatihah Untuk Arwah Ayahku...

03/09/2009..tarikh hari ini…sempena hari kelahiran ayah yang tercatat di atas kad pengenalannya, aku gagahkan diri menulis entry ini.. (ayah pernah kasi tau yang mungkin dia dilahirkan lagi awal sbb org2 dulu selalu lambat mendaftar kelahiran).

Pada 11/08/09, dalam pukul 2ptg di UK (Malaysia: 9mlm), selepas sebulan aku kembali ke bumi UK daripada bercuti di Malaysia, aku menerima panggilan telefon drpd Along Ma (kakak sulungku) yang memberitahu bahawa ayah sedang berada dalam CCU di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pada masa itu, Kak Da dan kak nie juga bcakap dgn ku..mereka meminta aku byk2 bersabar dan mendoakan semoga ayah cepat sembuh. Aku rasa seperti ada sesuatu yang terjadi..hati tidak tenteram…Keluargaku jarang bgth ku apa y terjadi di Malaysia sbb bagi mak, dia xnak menyusahkan hatiku…selepas bbincang dgn waqar, kami mengambil keputusan bahawa aku dan eriem akan pulang sekali lg ke Malaysia.

Tiket yang paling awal aku dapat ialah pd 12/08/09 pd jam 10malam di heathrow, London. Sepanjang perjalanan ke Malaysia, aku hanya mampu berdoa agar Allah bagi kesempatan utk ku bertemu ayah..

Alhamdulillah, perjalanan dari London ke KL dan KL ke TRG selamat ku tempuhi bersama Eriem. Terima kasih eriem kerana sgt2 behaved dalam flight, sperti memahami perasaan ibunya. Setibanya di TRG, pada 13/08/09 jam 8.45 mlm, aku disambut oleh Along Ma dan anak2 buah. Kami terus dibawa ke rumah Along Ma sbb mak berada di hospital. Setelah makan dan Eriem pun dah ‘masuk geng’ dgn counsins nya, aku bergegas ke hospital.

Sbenarnya, aku pernah merancang utk membuat surprise pd mak masa pulang bcuti dahulu, tetapi rancangan tu bocor ditengah2 jalan…tp kali ini, kepulanganku benar2 mengejutkan emak..Mmg kami merancang utk tidak mberitahu mak kerana aku pasti mak xkan kasi aku balik jika dr awal dia mengetahuinya.

Aku menziarah ayah yang masih koma di CCU. Memang sedih melihat ayah ketika itu, dan reaksi ayah apabila kak nie bgth y aku pulang w/pun masa tu ayah masih koma …xdapat aku nak ceritakan disini…

Ayah koma selama 5 hari..Alhamdulillah, pd ahad (16/08/09) ayah telah sedar daripada koma tetapi masih belum membuka mata..pd keesokan hari nya, ayah telah menunjukkan perubahan y +ve, telah membuka mata dan pd hari selasa, doc telah mbuka tiub pernafasan yang ayah gunakan…ayah hanya menggunakan mask oksigen. Doc bgth air dalam peparu ayah terlalu byk..dah 3kali belakang ayah ditebuk utk mbuang air di peparu nya…

Melihat keadaan ayah yang btambah baik, aku bercadang utk pulang ke UK pd 25/08/09, kerana takut juga utk mengambil cuti yang lama...

Pada hari jumaat (21/08/09) ketika aku menziarah ayah di CCU, ayah kelihatan sedikit letih. Fikirku, ayah kepenatan selepas dialysis dan buang air dipeparu nya. Jumaat malam tu, ayah masih membuka mata, dan oksigen, nadi dan tekanan darah ayah semua nya OK.

Tapi pd pukul 3.35pg (22/08/09), selepas alarm bbunyi utk mengejutkan mak utk bsahur, kami dikejutkan dgn panggilan drpd Abg Mie yang menunggu ayah di hospital, menyatakan bahawa keadaan ayah nazak. Ya Allah, ketika itu, hanya tuhan saja yang tau perasaan ku. Semua adik beradik bergegas ke sana. Aku membawa emak ke hospital. Malangnya, kami tiba agak lambat. Ayah telah pergi utk selama-lamanya. Hanya abg mie, abg ja, along Ma, abg Mat dan adik yang sempat berada disisi ayah ketika ayah menghempuskan nafas yang terakhir kira2 kul 4.10pg. Doc cakap tekanan darah dan nadi ayah jatuh sgt cepat…Hanya sekejap waktu nazak ayah, ayah terus pergi..Mungkin Allah permudahkan jalan ayah menemuiNya setelah ayah derita dengan sakit yang ditanggung walaupun ayah tak pernah mengeluh walau sedikit.

Ayah pergi utk selama-lamanya pada 1 RAMADHAN 1430 masihi bersamaan dengan 22 OGOS 2009.

Begitu besar kuasa Allah, Dia susun sebaik2 nya.. Ayah pergi pada bulan yang mulia, bulan ramdhan…Semua anak2 ayah ada ketika jenazah ayah sampai dirumah..sebetulnya,anak2 ayah semua di Trg kecuali aku, kak ya dan kak nie. Kebetulan hari jumaat merupakan hari terakhir sekolah sebelum bercuti selama seminggu, so kak ya dah btolak dr Muar pd malam jumaat tu..Kak Ya telah berada di Dungun ketika menerima berita kematian ayah..Kak nie pula telah btolak dari Kuantan sebaik menerima berita tersebut.

Jenazah ayah tiba dirumah pada hampir jam 8pagi..Pada pukul 10.50pg, segala urusan pengebumian selesai. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Ayah dikebumikan di Kampung Kulai Ibai, kampung halamannya. Semoga ayah aman bersemadi di sana..

Kami doakan agar ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kami tau ayah seorg yang baik, pemurah, suka tolong org dan amat2 rajin dalam melakukan ibadat.

Al-Fatihah

03/09/1944 – 22/08/2009
Allahyarham Haji Wan Abdullah bin Wan Mohamad


-Saat bahagia bersama ayah dan mak-

Dan aku panjatkan rasa kesyukuran sbb Allah bukakan hatiku utk pulang ke Malaysia ketika itu..Klu ikutkan, mmg sukar utk pulang sbb aku br shj bcuti selama sbulan..terima ksih tak terhingga juga kepada adik-beradikku yang lain kerana sepakat utk mberitahuku ketika ayah sedang sakit...aku sanggat2 menghargainya...Sempat juga aku menziarahi ayah di hospital selama seminggu..utk menggunakan perkataan 'menjaga ayah', aku rasa tidak sesuai..sebab tiada apa yang mampu ku lakukan di bilik CCU itu kecuali membacakan yassin, doa, masukkan air ke mulut ayah dan membasahi rambut dan muka ayah....

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan teman-teman yang mendoakan arwah ayah dan memberi kata2 semanagt dan perangsang kepada kami sekeluarga.

-Kenangan terakhirku bsama arwah ayah..malam terakhir sebelum berangkat ke UK pd 05/07/09-

Ayah,
Ta tak pernah merasa hidup susah kerana ayah…Segala apa yang Ta minta, ayah tunaikan…
Ta rindu solat berjemaah dengan ayah…
Ta rindu solat terawikh berjemaah dengan ayah di rumah…
Ta rindu untuk baca beramai2 dengan ayah surah Al-Kahf pada setiap malam jumaat…
Ta rindu untuk mencium tangan ayah…
Ta rindu ayah…

Ayah,
Ta masih ingat kenangan beratur beramai2 ketika ayah berikan duit belanja mingguan kepada kami..
Ta masih ingat ayah belikan ta basikal ketika ta darjah dua kerana ta dapat nombor 1 dalam kelas..
Ta masih ingat ayah sentiasa hantar ta ke mrsm pc..ayah sanggup drive ulang alik kelantan terengganu semata2 nak hantar ta..sepanjang ta belajar di mrsmpc, xpernah sekali pun ta naik bas..ini semua kerana ayah...
Ta masih ingat ayah...semua kenangan kita bersama...xkan luput di ingatan...

InsyaAllah, Ta akan tabahkan hati dan redha dengan pemergian ayah…Ta tau, sesedih mana hati Ta, Mak lagi sedih..bukan 10tahun, bukan 20 tahun mak dan ayah hidup bersama..tp lebih 40 tahun…Semoga Mak tabah menjalani hidup seterusnya…Kami adik beradik akan menjaga mak sebaik2 mungkin…1Ramadhan tahun ini adalah yang sgt2 bermakna buat kami….

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan." [Bukhari]

11 comments:

kak cahaya said...

Sememangnya Allah ciptaan setiap yang hidup pasti akan mati...giliran kita jua meyusul nanti... semoga Wan tabah dan redha...Alhamdulillah sempat melihatnya buat kali yang terakhir..cuma mungkin ramadhan dan syawal kali ini rasa sedikit tersentuh...semoga dengan asbab ini amalan kita dapat dipertingkatkan dan mendatangkan khusyuk..Amin..

Anonymous said...

Semoga Ramadhan sentiasa menjadi bulan yg paling kita rindui...memudahkan kita mendekatkan diri kita kepadaNya...Wan sudah melalui saat2 yg amat memilukan dan menyayatkan hati...jadikanlah ianya sebagai titik tolak kita berhijrah kepada tingkat iman yg lebih tinggi, InsyaAllah...

Anonymous said...

Rely touching, teringat ketika arwah ayah sendiri meninggal dunia...moga A beri kekuatan kpd Da sekeluarga dam mencucuri rahmat ke atas arwah Haji Wan Dol (nama yg kami biasa panggil dikampung).
-KZurina, Soton, UK.

sya said...

salam kak wan, takziah and semoga kak wan tabah sentiasa...insyaallah

-aisyah-

Anonymous said...

Wan..smoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..
Jadilah anak yg solehah... iAllah, Allah akan permudahkan urusannya di sana... Ameen..

-Azah-

Anonymous said...

Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas arwah ayah qeda..Sabar ye qeda..Sesungguhnya Allah maha mengetahui yg qeda cukup kuat utk hadapi ujian ini & yang pasti Allah menjanjikan sesuatu yg baik lg indah bg hamba nya yg sabar dgn ujian2x Nya...

:: ZuHaiLa ::

Anonymous said...

salam Takziah juga untuk kayda...kita kena redha dan terima bahawa perancangan ALLAH adalah yg terbaik utk setiap hambaNya... Kayda, tarikh 3/9/09 ni pun sedih jugak buat nani, sbb tarikh ni adalah wedding anniversary dia yg ke5, tp tanpa suami...
~suriyati~

zafwah said...

wan...merambu2 air mata akak baca entry wan ni..kite senasib..tp yg untungnyer wan sbb dpt jmpa, peluk, cium, uruskan arwah ayah sblm dia pergi...akak tak dpt buat sume tu..tp akak redha..moga Allah temukan kiter semua dgn keluarga yg ktie sayang di akhirat kelak..insyaAllah..

Unknown said...

Salam.

Menangis saya baca entri ni...

Moga arwah ayah kak rukai ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin..

Moga kak Rukai tabah dan sabar menyambung perjuangan di UK.

fizz said...

Salam,

Menangis saya baca, tak sangka Mar pun menangis jugak..

Saya sentiasa doakan akak tabah dan moga arwah ayah ditempatkan di kalangan orang beriman..

maisy said...

Alfatihah.....Sedihnya Rukai..harap bersabar dan tabah....kuatkan semangat...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks