Pages

7.30.2009

The day has finally arrived..

10-06-2009....lama nyer citer ni ibu 'jeruk'kan..tp ibu nak gak citer kat sini..simpan gambar2 kenangan dalam online diary ni...

xtually busy sgt2 skrg ni..nak kena siapkan 2nd year report..tp mim alip lam sin!!huhuhu..kira relaxs kejap dr kije2 sekolah..dan nak relax kan otak dr isu2 semasa kat kampung robin hood ni..klu fikir byk2, buat tambah dosa jer.....baik ibu update blog ni kan..ada gak pekdah nyer...

3.30 am : Kami bertolak dari Nottingham ke Stansted Airport.. perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam setengah...Ayah drive kereta ke sana..dan park di airport...cara mcm ni memakan cost yang paling murah bbanding klu kami amik taxi, dan skurang2 nya xmenyusahkan kawan2 tuk jaga kereta kami..klu naik train or bas, murah skit kot, tp leceh sbb bags besar2..

Dalam ibu duk layan perasaan, duk berangan dah berada kat Malaysia ;p ...duk berangan drive kereta kat malaysia, tetiba teringat..."alamak, driving licence tertinggal...dan IC jugee....adusss"..
slow2 ibu cakap kat ayah...ayah apa lg, naik hangin laa...sib baik baru setengah jam pjalanan...klu dah sampai airport, x ke naya....so, kami bpatah balik ke rumah..IC penting sbb byk hal ibu nak settlekan kat Malaysia....

7:00 am : lebih kurang kul 7 pagi, kami sampai di stansted airport..dah ada pekerja valet parking duk tunggu kami kat depan airport...kami punggah bags, sign form...then diorg pegi park kereta..senang kije...

Ni kami tengah beratur nak check-in luggages...tgk muka Eriem y penat dan xcukup td...kesian anak ibu...xpe nak, demi MALAYSIA..ahahaha...

dalam train..nak ke International departure lounge...

Eriem seronok dapat tengok kapal terbang...Air Asia-Now everyone can fly!! yes, kami pun boleh fly balik malaysia!! thnx air asia...

Not bad gak seat dalam air asia ni..besar dan selesa!


Posing dengan ayah...

Aktiviti Eriem dalam flight adalah tidur, makan dan tengok video..video yang ibu dah download, save in laptop..citer apa lg klu bukan in the night garden, teletubbies and nursery rhymes...Alhamdulillah, w/pun perjalanan memakan masa 13jam, Eriem xmeragam..mmg kuat jalan laa anak ibu ni!!ehehe


ok..to be cont...nnt ibu story mori citer kat malaysia plak yer...tata!! Read more "The day has finally arrived....."

7.28.2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Ibu tertarik dgn emel yang kawan ibu forwardkan...sekadar berkongsi ilmu dan menjadi ingatan utk diri ibu dan kawan2 semua....renung-renungkan...
source: extracted from an email
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yang biasa dengar kuliah tafsir di radio Ikim pastinya kenal ustaz Zahazan org Melaka ni... kebetulan saya terbaca artikel ni tentang kaitan waktu solat dan kitaran energi alam, dan ada kaitan juga dengan terapi warna yang agak tersebar juga di Malaysia. Kebetulan dulu saya
belajar Qi Gong aliran Shao Lin dan Taichi aliran 18 step (dinyatakan sebagai senaman utk menstabilkan chi dalam badan dan menarik chi dari alam semesta), jadi agak familiar dengan falsafah dan konsep teori energy dalam alam semesta. Mungkin nanti2 boleh buat sesi belajar Qi Gong ni untuk anak2 KMD (walaupun sendiri cuma praktis sekali sekala).
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Rahsia Solat Awal Waktu
Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . Read more "Rahsia Solat Awal Waktu..."

7.22.2009

Amal Islam 100%


tag lg..kali ibu aunis plak kasi tag ni..kak far, u saje kan kasi I kije..ni mesti sbb I kasi u kije kan..bals balik ek..ahaha..tp xpe..copy and paste jer kan...

Peraturannya:

1) Copy gambar Islam di atas. Copy satu post ni pun tak per. Mudah dan jimatkan masa. Harapnyer gitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan (wajibkan?? kita tukar kpd haruskan ler yer..) mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu?(10 ke??ramai nyer..) Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

kita lihat sape y kena...

1. Mummy Iris
2. Mrs Henry
3. Maisyae
4. Ummi Insyirah & Nuha
5. s.H.i.L.A7900
6. ZaFwAh
7. Ibu Afiq Agoogoo ;p
8. Fizz
9 & 10. semua yang baca posting nih! ;p

Sekian.... Read more "Amal Islam 100%..."

7.21.2009

Blogger Award


TQ..TQ kak laily kerana kasi kita award nih..walaupun blog kita ni susah betul nak diupdate skrg ni..terima kasih byk2 nyer...

So, untuk meneruskan permainan tag meng'tag' nih, kita nak kasi plak award ni pd
Camana cara nyer??
  1. save this image
  2. upload
  3. then award to another 5 blogger.
Ok..Happy blogging!! Read more "Blogger Award..."

7.15.2009

Magical Math

As a mathematician, ibu tertarik dgn satu entry yang ibu jumpa dari satu blog..hayati nih!!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn 't it?And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321

Now, takes a look at this...101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean togive MORE than 100%?
Ever wonder about those people who saythey are giving more than 100%?
We have all been in situations wheresomeone wants you to GIVE OVER100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?

Here ' s a little mathematical formula that might help answer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R ST U V W X Y Z
Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 1617 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:
H-A-R-D-W-O- R- K
8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%

And:
K-N-O-W-L-E- D-G-E
11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%

But:
A-T-T-I-T-U- D-E
1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of Godwill take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D
12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude willget you there, It 's the Love of God that will put you over the top!

Have a nice day & Allah bless U!!

from: Idhamlim.blogspot.com Read more "Magical Math..."

7.09.2009

..SEPI..

Haluu..haluu..halu....lama nyer ibu menyepi dari mencoretkan sesuatu kat blog ni...ada kawan ckp, x elok biar blog bsawang..so, ibu tulis laa apa2 yang ibu mampu dulu yer sementara ibu update citer tentang kami..xtually, hari tu kami pulang ke MALAYSIA selama sebulan..Malaysia tanah airku....

beesstttt sgt2...mcm kejap jer sebulan tu blalu...sedih sgt2 sbb kena balik Nottingham balik..tp xpe, perjuangan ibu masih belum selesai dan y mesti ibu selesaikan di bumi nottingham ni...

nnt ibu update citer2 eriem k..baaanyakkk citer nak update..dr citer sebelum balik malaysia..semasa kat malaysia..dan selepas balik dr malaysia...tp...aa hah, mesti ada tp kan..tp ibu xNYOMPEK (credit to cikinur ;p)..byk benda penting y perlu ibu dahulukan...sampai ketemu lg...BUH BYE..CEE YA..(credit to eriem)

Read more "..SEPI....."
Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks