Pages

5.18.2010

KUASA DOA

Dipetik dr emel yang dikirimkan oleh seorg sahabat...Jom kita sama2 menghayati nya..
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Buat sahabat-sahabat AIKOL,
Ana memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt. selawat dan salam ke atas nabi Muhammad saw, dan jazakumullah khairan di atas doa dan solat hajat sahabat-sahabat semua ketika saat genting peristiwa kemalangan anak ana Khamis lepas 13/5/10. Peristiwa ini telah mengajar ana untuk lebih bergantung kpd Allah swt yang Maha Berkuasa dan agar lebih berhati-hati dalam apa-apa pekerjaan. Sekarang ana lebih memahami maksud ayat "innallah 'ala kulli shai'in qadiir" (Sesungguhnya Allah berkuasa dia atas setiap sesuatu). Dia telah menunjukkan kekuasaanNya di depan mata ana sendiri. Walaupun anak ana digilis tayar kereta, tapi kuasa Allah mengatasi hukum adat. Setelah dibuat x-ray dan ultra sound didapati tubuhnya tidak cedera dan tiada satu tulangpun yang patah. Ana hanya mampu berkata Subhanallah dalam linangan airmata. Alhamdulillah dia telah keluar hospital pada hari sabtu 15/5/2010 (my birthday).

Ramai sahabat yang bertanya "ade ke amalan atau doa yang ustaz amalkan? kalau ada tolong share dgn kami". Di sini ana nak share dengan sahabat-sahabat satu kisah yang disebut di dalam kitab Jami' al-Ahadith karangan Imam al-Suyuti:

Seorang lelaki datang kepada seorang sahabat nabi saw bernama Abu Darda’ lalu berkata: ”Wahai Abu Darda’, saya lihat rumah engkau telah terbakar!” Abu Darda' menjawab: "Bukan rumahku, kerana aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa membaca doa ini pada waktu pagi, terhindar dia dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya. Sekiranya doa ini dibaca pula di waktu petang hari, maka terpeliharalah dari bencana yang mungkin menimpa dirinya, ahli keluarganya dan hartanya di malam hari." Aku telah membaca doa itu pada waktu pagi hari ini." Lalu Abu Darda’ mengajak sahabatnya ke rumahnya untuk menyaksikan peristiwa kebakaran itu. Maka ternyatalah bahawa rumah-rumah di sekitar rumah Abu Darda’ sudah habis terbakar semuanya, sedangkan rumah Abu Darda’ masih kekal terpelihara.

Apakah doa itu? Ini dia
Maksudnya:

“Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. Pada-Mu aku bertawakkal, dan Engkaulah Tuhan 'arasy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki- Nya pasti pula tidak akan terjadi. Tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmuNya. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan segala makhluk yang melata, Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.”

Ana mengamalkan doa ini setiap selepas solat Subuh dan Maghrib dengan MENGHADIRKAN MAKNANYA. Ana tidaklah bermaksud bahawa doa inilah yang menyelamatkan anak ana, ana meyakini bahawa itu semua adalah qada' dan qadar Allah swt. jua. Kita sebagai hamba yang kerdil hanyalah menggantungkan harapan kita kpd Allah swt agar dijauhi dari segala bencana.

Di sini juga ana nak share satu kisah yang berlaku kepada sahabat ana yang juga mengamalkan doa ini. Suatu hari beliau telah diberitahu oleh seorang sahabatnya agar ke hospital segera kerana anaknya dilanggar kereta yang sedang bergerak laju. Anaknya melambung akibat rempuhan kereta itu dan menurut sahabatnya mungkin anak itu sudah meninggal dunia. Sahabat ana menjawab bahawa dia rasa anaknya tidak mati kerana dia telah membaca doa tersebut pada pagi hari itu. Setibanya di hospital, didapati anakya hanya mendapat luka-luka ringan sahaja. Subhanallah.

Sahabat-sahabat sekelian.
Nyawa kita di tangan Allah. Apabila sampai ajal kita, tidak akan lewat walaupun satu saat. Sentiasalah kita mengharapkan rahmat Allah dan berdoa agar kita dimatikan dalam husnul khatimah.


Sekian

Dari hamba Allah yang hina dan banyak dosa: Zainudin.
Sama-sama kita amalkan..tidak salah dan tidak perlu duit pun untuk memohon pertolongan drpd Allah...Semoga kita mendapat rahmat dr-Nya. Read more "KUASA DOA..."

5.17.2010

Edinburgh

Pada 6/4/2010, awal2 pagi kitorg bertolak dr newcastle ke edinburgh...sbb nyer ibu kena register tuk conference dalam kul 11..so selepas shopping kat ASDA (ahaha sempat lg shopping bekalan makanan tuk eriem mkn dlm kereta), kitorg pun memulakan pjalanan....ermmm jalan yang ayah lalu ni mmg mencabar..kecik sungguh jalan nyer..mcm jalan kampung jer...kitorg lalu jalan lama...xlalu highway..sbb nyer ayah nak amik gmbr kat batu sempadan...

ni laa tempat seketul batu sempadan tu..sempadan di antara England dan Scotland...
Ayah di Scotland n Ibu di England..

Layan jer laa ek gmbr2 kat Edinburgh ni...
Malaysian y ada ialah dr kiri Aunty Yaza (Glasgow), Aunty Zue (southampton), ibu n Mama Sarah (Brunel)...gmbr ni ibu cilok dr fotopages Sarah..



Anak ibu yang makin pandai nak posing depan camera!! ;p
Ni laa kije anak n ayah bila ibu ke conference!! anak kena jd model ayah..
k lah, ta ti tu..nnt ibu update lg!
Read more "Edinburgh..."

5.13.2010

Newcastle

Dah lama ibu jeruk gmbr jalan2 ni..klu laa buah asam jawa, dah boleh merasa makan jeruk asam jawa dah...ahaha tetiba teringat jeruk asam jawa laa plak..meleleh eriem pun x abis lagi sbb x dapat jeruk asam jawa y ibu mengidam..ahaha poyo jer ibu ni...

melalut laa plak..ehehe...kali ni ibu nak story citer masa kitorg g jalan2 ke edinburgh masa ibu ada conference hari tu...dah sebulan lebih dah...xpe laa kan..better then xde kan...ermm selepas ke diggerland, ondaway ke hotel, kitorg singgah ke ANGEL OF THE NORTH...

Angel of the North is a modern sculpture created by Antony Gormley, which after several attempts to locate it elsewhere was erected in Gateshead, England.

As the name suggests, it is a steel sculpture of an angel, standing 20 metres tall, with wings 54 metres — making it wider than the Statue of Liberty is tall. The wings themselves are not flat, but are angled 3.5 degrees forward, which Gormley has been quoted as saying was to create "a sense of embrace". It stands on a hill overlooking the A1 road into Tyneside and the East Coast Main Line rail route.
- Sgt besar -

-ibu n Eriem-

-Eriem n Ibu sgt laa cenonet banding dgn patung ni -

-ibu lagi-

-asyik ibu n eriem jer jd model..coz ayah busy jd paparazi-

Kitorg singgah kejap jer kat angel of the north ni..sebab angin pun kuat sgt..sejuuuukk sgt2..then kitorg ke hotel tuk check in..kitorg duk kat travelodge Gateshead...

Eriem dah ready tuk check in!! Plan asal nak duk hotel kejap jer..check in, n rehat2 jap, pastu kuar balik jalan2 newcastle...tp bila dah rehat2 tu, rehat terus..tiga2 tertido.. ;p ..dah gelap, baru laa terhegeh2 nak jalan2 tgk newcaslte...

Sebab gelap, xbest nak amik gambar..so kitorg ke millenium bridge jer..
Gateshead Millennium Bridge - the world's first and only tilting bridge!

Designed by Wilkinson Eyre Architects and engineered by Gifford, the bridge takes its place at the end of a line of distinguished bridges across the River Tyne, including the Tyne Bridge and Robert Stephenson's High Level Bridge.

Linking Gateshead with Newcastle via Gateshead Quays (described as one of the best places in Europe by Tony Blair) and Newcastle's Quayside, the bridge not only serves a functional purpose as the River Tyne's only foot and cycle bridge, but its grace and engineering attract people from all over the world.

-Pemandangan dr atas bridge-

-macam2 kaler ada..cantik!! -

Then kitorg lepak hotel n zzzzzzz...sok nyer awal2 pagi dah nak ke btolak ke scotland!!
Read more "Newcastle..."

5.10.2010

EVERYTHING FOR U FROM ME 1st ANNIVESARY CONTEST

Yeaaahaaa...seperti y dijanjikan kepada mama Fatihah, Ibu nak masuk contest yang mama Fatihah anjurkan...Tp yang xbest nyer, gmbr birthday eriem semua xbest..ahaha..xpe laa kan, asalkan ada...ehehe

Mama Fatihah anjurkan contest ni sempena 1st anniversary blog dia...hadiah menarik u...grand prize dia lebih Rm100..best2...

Ibu nak letak gambar masa 1st birthday Eriem...Ibu buat simple2 jer..1st celebration kat rumah kak alya (Aunty tim)..Eriem seronok sgt....


And ibu & ayah buat kat rumah, jemput kawan2 jugak...


Masa ni eriem baru dapat kaki..so, lagi busy training kaki dr tgk cake ibu..ehehe....kenapa letak 1st birthday?? sbb 2nd birthday gmbr lg x lawo...eriem muka br bgn tdo, n takut dgn lilin y dipasang kat atas cake..aduyai..apa ler...xpe, tuk 3rd birthday y coming soon ni, kita amik gmbr byk2 yer eriem...ermm ada celebration ke?? ayah exam maa...oppsss melalut plak...contest lom abis lagi...ahaha

NAMA Birthday Boy : MUHAMMAD ERIEM SHAKIEMI BIN MOHD ZUL-WAQAR
D.O.B : 28/05/2007
Umur Sekarang : 3tahun

soalan cepu emas--> Apakah barang pertama yang saya jual di blog ini?
Vincent Shoes Pink Stripe

Ok kak nani..DONE!!!
Read more "EVERYTHING FOR U FROM ME 1st ANNIVESARY CONTEST..."

Contest: Imanina Cute Give Away

Kali ni ibu nak masuk contest lagi...contest ni mudah jer..(Ibu hanya akan masuk contets yang mudah2..ahaha..)..Contest ni dianjurkan oleh Ibu Imanina..cute betul Imanina ni, geram tengok..Ibu Imanina jual perfume..pd sape y dah addicted to perfume tu, bleh layan kat sini...


Syarat dia ialah ibu kena tag 5 org...ermmm nak tag sape yer..kita kenakan:
1. Ummi Insyirah (Sbb ummi ada kata nak try masuk contest..bleh try y senang dulu.. ;p)
2. Ummi Wani (Org pregnant suka bau wangi2 kan..ehehe)
3. Fizah (Dah menang MP, bleh try y ni plak!!)
4. Mama Af (Blog tu dah lama bsawang!! ;p)
5. Mama Hannah & Heidi (your 2H suka perfume!! ahaha)

dan ni gambar family kami y terkini!!Hope membawa tuah!! ameen...
Read more "Contest: Imanina Cute Give Away..."

5.08.2010

Contest: Cute Baby in B.L.U.E contest (1st season)

Ni terpengaruh lg dgn mama aqif..mama aqif cakap hadiah sgt2 lumayan..so, ibu pun tergerak hati utk mencuba nasib untuk contest y ibu rasa mudah utk disertai dgn pulangan hadiha yang menarik...hadiah nyer...
GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT
Contest ni byk season, but utk 1st season ni jer y Eriem layak masuk kot..lepas ni dah xlayak coz dah lebih 36bulan!!! ehehe....Contest cute baby in blue ni dianjurkan oleh szsh.blogspot.com dan momguess.blogspot.com

So, untuk sertai contest ni, Ibu pilih gambar terkini Eriem yang diambil pd 1 may yang lepas...


NAMA Birthday Boy : MUHAMMAD ERIEM SHAKIEMI BIN MOHD ZUL-WAQAR
D.O.B : 28/05/2007
Umur Sekarang : 35bulan

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MOMGUESS.BLOGSPOT"
Read more "Contest: Cute Baby in B.L.U.E contest (1st season)..."

5.07.2010

CONTEST:: HADIAH UNTUK ERIEM!!


Ibu telah terjebak dengan contest2 bloggers ni!! ahaha...ni semua angkara
mama aqif laa ni..ahaha...btw, terima kasih baaanyaaaakk2 kat mama aqif coz buatkan contest tuk Eriem..terharu ibu...So buat kawan2 semua, jom join contest ni!!!
--------------------------------------The Contest------------------------------------------

Yeyeye mama aqif nak buat contest special untuk besday eriem yang akan datang pada 28 Mei ini...so kawan2 mehla join contest ni.. maaf kalau ada pelbagai kekurangan almaklumla 1st time nak buat..mama aqif akan buat 2 contest sekali gus..yg pertama Hadiah Untuk Eriem..

Syarat2nya mudah je :)
1) Add blog mama aqif dan blog ibu eriem dalam senarai bloglist
- supaya blh tahu update ttg contest ni
2) nak jd follower ke tak nak ke terpulangla tak paksa pun
3) Buat entry yg bertajuk 'Hadiah Untuk Eriem'
4) Dalam entry tu wish besday for eriem
-tak kisahla in english or in malay ..buat ayat2 best sikit la cam poem ke sajak ke apa ker asalkan yg menarik, yang indah, yg baik2 ditujukan khas untuk besday boy Eriem :)
5) letak banner di atas dalam entry tu
- nak link back ke blog ni ke tak ke tak kisah
-sekadar nak promote muka Eriem jer :)
6) dah siap tu tinggalkan la link kat bhgn komen tau (komen blog mama aqif utk senang seragamkan list peserta)
Tarikh tutup : 28 Mei 2010
(1.00 ptg)
nota kaki :
-juri adalah ibueriem, ayaheriem dan eriem sendiri. so buatla ayat2 yg menarik tau :)
-mama aqif anggap segala ucapan, wishes dan segala-bagai tu adalah hadiah utk eriem dari anda semua.
-terima kasih kerana memeriahkan contest ini
-hadiah akan diumumkan kemudian

------------------------------------------------------------------------------------------------

thank you mama aqif!!!

With Love,

Read more "CONTEST:: HADIAH UNTUK ERIEM!!..."
Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks