Pages

11.06.2009

:: CARS ::

Salam semua...
Lama sungguh ibu x merapu citer pasal Eriem kat sini...tis entry, ibu nak cerita pasal 'kegilaan' eriem buat masa ini...

Inilah dia movie yang menjadi kegilaan eriem skrg ni....

CARS



Eriem start 'gila' tgk movie ni lps ayah download dalam komputer...saje je laa..ingat kan ayah nak ajak anak dia layan sama2 tgk movie...rupa-rupanya anak dia MEMANG LAYAN....
tiap2 hari, pagi petang, siang malam..mesti nak tgk movie nih...biasa nyer malam2 pun, ttido sbb tgk movie nih...eriem pun dah hafal dah skrip, dah tau dah pe y akan mcqueen kata n so on..kelakar!!! mmg fanatik betul eriem kat movie cars ni skrg....tp ayah n ibu pun layan gak movie ni walau bkali2 tgk..bagi ibu mmg xpuas laa tgk movie ni...seronok...(patut pun kan..anak ikut perangai ibu...kihkih)..
yang lagi best pasal eriem ni...dalam byk2 character cartoon kat dalam movie ni...HERO : the self-centered rookie Lightning McQueen , and racing cars yang lain, The King and Chick Kicks.... Mater


Duc Hanson

dan macam2 lagi laa...dan yang paling eriem minat dan yang menjadi pujaan hati eriem..pi mana2 pun eriem akan sebut...
MACK

Ibu pun xtau laa pe istimewa nya Mack ni..ehehe...boleh dikatakan semua character dalam movie ni, eriem dah ada toys nyer...tp mack jer y xde...so, tgk eriem minat sangat kat Mack ni, ibu pun belikan eriem Mack...
Lepas ibu beli Mack ni, balik skul, masuk jer keta, tanya Mack...balik rumah melompat2 terus main mack...nak naik ke bilik tdo, kena bawak mack..nak turun bawah, kena bawak mack...so, skrg ni...MAAACCCCKKK jer laaa....

p/s: klu eriem tgk blog ibu ni, konpem eriem akan menjerit2!!!!mack..mack!!!ahahaha
Read more ":: CARS ::..."

~ JANGAN ~

PERINGATAN untuk IBU, AYAH, ERIEM dan semua pembaca blog kami...dipetik daripada email yanng ibu terima...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam 'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW) Read more "~ JANGAN ~..."

10.27.2009

My Precious Eriem

A picture is worth a thousand words


p/s: ibu y kepeningan kat school ni..cam xde kije jer..huhuhu

Eriem photo : credit to Mohammad Asyraf Maaroff Read more "My Precious Eriem..."

10.17.2009

:: Open Hall Raya ::

Pada hari ketujuh raya iaitu 27/9, kami seramai 9families telah mengadakan jamuan hari raya beramai-ramai bertempat di The Atrium Resturant, Jubilee campus Univ of Nott..

-'tuan rumah' bergambar beramai-ramai-

-Us..tema "hijaukan bumi kita" ;p -


majlis berjalan dgn amat2 meriah sekali...macam-macam menu ada..satay, rendang, lontong, nasi ayam, nasi 'hujan panas', laksa johor, kuih muih...k lah, gambr jer laa yer menceritakan segala nya.. :D


Read more ":: Open Hall Raya ::..."

10.11.2009

Hari raya....1st Syawal...

...SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR BATIN



Ikhlas dari kami,
Zul-Waqar

Wan Rukaida

Eriem Shakiemi


Hahahaha baru nak wish salam aidilfitri..xpe laa kan, belum terlambat lg...syawal pun masih ada..open hall+open house pun masih byk di nottingham ni...

Gambar ni di ambil masa 1st raya, sebelum bersolat hari raya...sedar xsedar dah 3 kali kami beraya di nottingham, walaupun pd 19/09 y lps, genap 2 tahun kami di nottingham...sbb nye, kami smpi di nottingham pd pertengahan ramadhan ketika itu...


Eriem yang ceria di hari raya...suka sgt sbb dapat pakai baju raya...dan pakai songkok tu..maklum ler, xpernah pakai sbelum ni..eriem panggil songkok tu hat...ehehe...

Selepas bgambar2 di pagi raya, kami ke dewan di Islamia School...NMC ada menganjurkan solat Aidilfitri dan makan2 di sana...seronok ada aktiviti camni sbb terasa jugak laa suasana hari raya walaupun sedih xdapat beraya dgn keluarga di mesia, skurang2 nya dapat me...layan jer laa gambar2 di bawah yer...


-bermaaf-maafan di hari raya-

-Bergambar dengan 'otai2' NMC.. ehehe-

-ayah bersama teman2 rapatnya di nottingham-

Selepas bsolat hari raya, kami cepat2 pulang ke rumah...sbb nya, rumah kami antara yang tdekat dgn islamia school, dan keberangkalian rumah kami diserang adalah tinggi...ehehehe...Ibu masak simple2 jer..rendang, nasi himpit, kuah kacang (ayah demand kuah kacang ayam...) n soto...


-hidangan hari raya-

-kuah kacang-

-rendang-

-Kuih raya ibu yang diimport dr mesia ;p -

Gambar tetamu2 yang datang, tlupa nak amik..huhuhu..yang adaer, gambar eriem slepas penat layan tetamu....


Read more "Hari raya....1st Syawal......"

9.07.2009

17 Ramadhan

Sekejap je masa blalu skrg ni yer...hari ni dah 17 hari kita bpuasa...saje je, dlm kesibukan ibu nak submit report ni, ibu nak update blog...bosan tgk blog xterupdate...

So, xde apa ibu nak cerita stakat ni, w/pun banyak citer yang mmg nak citer kat sini ;p ...Ibu nak update terkini pasal kami jer...

-------------------------------------------------------------------------------------------
Eriem

Nursery --> Eriem skrg dah start full day nursery...masuk kul 8.30pg, balik kul 5.30ptg...tp sbb eriem baru jer start full day awal sep hari tu, ibu xde laa amik eriem kul 5.30ptg..takut eriem terkejut plak...masa hari 1st, ibu amik kul 3..lps tu kul 4...n last baru ni, paling lewat kul 4.45...

Vocab --> Vocab eriem dah btambah skrg ni..seronok tgk eriem cakap..w/pun still byk lg y ibu xfaham bila eriem cakap 'german'...lagi satu, Eriem dah boleh count from 1 to 10!!! waahhh so proud of u! and
ibu: What is ur name?
Eriem: Erieng (ahaha mmg anak GANU laa Eriem ni!)
ibu: How old r u?
Eriem: two
ibu: what is ur mother's name?
Eriem: Wan
ibu: what is ur father's name?
Eriem: jul
ehehehe....and klu tgh main2, eriem nak tdo, eriem akan cakap "i'm tired..i'm tired"...dan mcm2 lg lah keletah eriem skrg ni! seronok ibu tgh...

------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayah Eriem

Puasa --> sejak puasa, ayah eriem dah sedikit kurus!! ye ke?? ahahaha...bukan kurus tp berat badan ayah dah turun 5kilo...bravo ayah!! bila plak turn ibu ni? ehehe...

Study --> Ayah skrg tgh busy uruskan urusan study ayah...ayah akan register pd hari 1st raya..ehehe kesian ayah..masa hari 1st kije di sini tahun 2007, 1st raya jugak...xpe laa ayah, sng ingat tarikh tu...oh ya, bg yang blum tau, ayah akan sambung study di univ of nottingham..satu univ dgn ibu...tp lain school...InsyaAllah, ayah akan study MSC of Electrical Technology for Sustainable and Renewable Energy Systems.

--------------------------------------------------------------------------------------------

IBU

Study --> Still busy dgn study..bila laa nak abis kan?? kdg2 bila time ssh giler, terfikir cam menyesal jer amik phd ni...tp once kaki dah melangkah, xboleh patah balik kan..so perjuangan mesti diteruskan!!! now ibu busy nak kena submit tuk 2nd year review..kena submit chapter 1 and chapter 2..aaarrggghhh...mmg laa sbut chapter 1 n 2 jer, tp ssh woo...sbb dlm masa writing ni, ibu still kena buat research sbb ibu kena jumpa dan tunjukkan progress kat sv ibu setiap minggu...

xde pe yang menarik psl ibu tuk diceritakan..ehehe..tp skrg ni ibu sukaaaaa sgt dgr lg ni....

Kemuliaan Ramadhan

Album :
Munsyid : UNIC feat In-Team
http://liriknasyid.com

Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda

ramadhan bulan berpuasa bulan
kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

Pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

bersyukurlah pada rahmat-Nya (Ya ramadhan)
dikurnia bulan yang mulia (ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh puluh ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul Qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

Ibu akan rasa tenaaang apabila dgr lagu ni... Read more "17 Ramadhan..."

9.03.2009

Al-Fatihah Untuk Arwah Ayahku...

03/09/2009..tarikh hari ini…sempena hari kelahiran ayah yang tercatat di atas kad pengenalannya, aku gagahkan diri menulis entry ini.. (ayah pernah kasi tau yang mungkin dia dilahirkan lagi awal sbb org2 dulu selalu lambat mendaftar kelahiran).

Pada 11/08/09, dalam pukul 2ptg di UK (Malaysia: 9mlm), selepas sebulan aku kembali ke bumi UK daripada bercuti di Malaysia, aku menerima panggilan telefon drpd Along Ma (kakak sulungku) yang memberitahu bahawa ayah sedang berada dalam CCU di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pada masa itu, Kak Da dan kak nie juga bcakap dgn ku..mereka meminta aku byk2 bersabar dan mendoakan semoga ayah cepat sembuh. Aku rasa seperti ada sesuatu yang terjadi..hati tidak tenteram…Keluargaku jarang bgth ku apa y terjadi di Malaysia sbb bagi mak, dia xnak menyusahkan hatiku…selepas bbincang dgn waqar, kami mengambil keputusan bahawa aku dan eriem akan pulang sekali lg ke Malaysia.

Tiket yang paling awal aku dapat ialah pd 12/08/09 pd jam 10malam di heathrow, London. Sepanjang perjalanan ke Malaysia, aku hanya mampu berdoa agar Allah bagi kesempatan utk ku bertemu ayah..

Alhamdulillah, perjalanan dari London ke KL dan KL ke TRG selamat ku tempuhi bersama Eriem. Terima kasih eriem kerana sgt2 behaved dalam flight, sperti memahami perasaan ibunya. Setibanya di TRG, pada 13/08/09 jam 8.45 mlm, aku disambut oleh Along Ma dan anak2 buah. Kami terus dibawa ke rumah Along Ma sbb mak berada di hospital. Setelah makan dan Eriem pun dah ‘masuk geng’ dgn counsins nya, aku bergegas ke hospital.

Sbenarnya, aku pernah merancang utk membuat surprise pd mak masa pulang bcuti dahulu, tetapi rancangan tu bocor ditengah2 jalan…tp kali ini, kepulanganku benar2 mengejutkan emak..Mmg kami merancang utk tidak mberitahu mak kerana aku pasti mak xkan kasi aku balik jika dr awal dia mengetahuinya.

Aku menziarah ayah yang masih koma di CCU. Memang sedih melihat ayah ketika itu, dan reaksi ayah apabila kak nie bgth y aku pulang w/pun masa tu ayah masih koma …xdapat aku nak ceritakan disini…

Ayah koma selama 5 hari..Alhamdulillah, pd ahad (16/08/09) ayah telah sedar daripada koma tetapi masih belum membuka mata..pd keesokan hari nya, ayah telah menunjukkan perubahan y +ve, telah membuka mata dan pd hari selasa, doc telah mbuka tiub pernafasan yang ayah gunakan…ayah hanya menggunakan mask oksigen. Doc bgth air dalam peparu ayah terlalu byk..dah 3kali belakang ayah ditebuk utk mbuang air di peparu nya…

Melihat keadaan ayah yang btambah baik, aku bercadang utk pulang ke UK pd 25/08/09, kerana takut juga utk mengambil cuti yang lama...

Pada hari jumaat (21/08/09) ketika aku menziarah ayah di CCU, ayah kelihatan sedikit letih. Fikirku, ayah kepenatan selepas dialysis dan buang air dipeparu nya. Jumaat malam tu, ayah masih membuka mata, dan oksigen, nadi dan tekanan darah ayah semua nya OK.

Tapi pd pukul 3.35pg (22/08/09), selepas alarm bbunyi utk mengejutkan mak utk bsahur, kami dikejutkan dgn panggilan drpd Abg Mie yang menunggu ayah di hospital, menyatakan bahawa keadaan ayah nazak. Ya Allah, ketika itu, hanya tuhan saja yang tau perasaan ku. Semua adik beradik bergegas ke sana. Aku membawa emak ke hospital. Malangnya, kami tiba agak lambat. Ayah telah pergi utk selama-lamanya. Hanya abg mie, abg ja, along Ma, abg Mat dan adik yang sempat berada disisi ayah ketika ayah menghempuskan nafas yang terakhir kira2 kul 4.10pg. Doc cakap tekanan darah dan nadi ayah jatuh sgt cepat…Hanya sekejap waktu nazak ayah, ayah terus pergi..Mungkin Allah permudahkan jalan ayah menemuiNya setelah ayah derita dengan sakit yang ditanggung walaupun ayah tak pernah mengeluh walau sedikit.

Ayah pergi utk selama-lamanya pada 1 RAMADHAN 1430 masihi bersamaan dengan 22 OGOS 2009.

Begitu besar kuasa Allah, Dia susun sebaik2 nya.. Ayah pergi pada bulan yang mulia, bulan ramdhan…Semua anak2 ayah ada ketika jenazah ayah sampai dirumah..sebetulnya,anak2 ayah semua di Trg kecuali aku, kak ya dan kak nie. Kebetulan hari jumaat merupakan hari terakhir sekolah sebelum bercuti selama seminggu, so kak ya dah btolak dr Muar pd malam jumaat tu..Kak Ya telah berada di Dungun ketika menerima berita kematian ayah..Kak nie pula telah btolak dari Kuantan sebaik menerima berita tersebut.

Jenazah ayah tiba dirumah pada hampir jam 8pagi..Pada pukul 10.50pg, segala urusan pengebumian selesai. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Ayah dikebumikan di Kampung Kulai Ibai, kampung halamannya. Semoga ayah aman bersemadi di sana..

Kami doakan agar ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Kami tau ayah seorg yang baik, pemurah, suka tolong org dan amat2 rajin dalam melakukan ibadat.

Al-Fatihah

03/09/1944 – 22/08/2009
Allahyarham Haji Wan Abdullah bin Wan Mohamad


-Saat bahagia bersama ayah dan mak-

Dan aku panjatkan rasa kesyukuran sbb Allah bukakan hatiku utk pulang ke Malaysia ketika itu..Klu ikutkan, mmg sukar utk pulang sbb aku br shj bcuti selama sbulan..terima ksih tak terhingga juga kepada adik-beradikku yang lain kerana sepakat utk mberitahuku ketika ayah sedang sakit...aku sanggat2 menghargainya...Sempat juga aku menziarahi ayah di hospital selama seminggu..utk menggunakan perkataan 'menjaga ayah', aku rasa tidak sesuai..sebab tiada apa yang mampu ku lakukan di bilik CCU itu kecuali membacakan yassin, doa, masukkan air ke mulut ayah dan membasahi rambut dan muka ayah....

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan teman-teman yang mendoakan arwah ayah dan memberi kata2 semanagt dan perangsang kepada kami sekeluarga.

-Kenangan terakhirku bsama arwah ayah..malam terakhir sebelum berangkat ke UK pd 05/07/09-

Ayah,
Ta tak pernah merasa hidup susah kerana ayah…Segala apa yang Ta minta, ayah tunaikan…
Ta rindu solat berjemaah dengan ayah…
Ta rindu solat terawikh berjemaah dengan ayah di rumah…
Ta rindu untuk baca beramai2 dengan ayah surah Al-Kahf pada setiap malam jumaat…
Ta rindu untuk mencium tangan ayah…
Ta rindu ayah…

Ayah,
Ta masih ingat kenangan beratur beramai2 ketika ayah berikan duit belanja mingguan kepada kami..
Ta masih ingat ayah belikan ta basikal ketika ta darjah dua kerana ta dapat nombor 1 dalam kelas..
Ta masih ingat ayah sentiasa hantar ta ke mrsm pc..ayah sanggup drive ulang alik kelantan terengganu semata2 nak hantar ta..sepanjang ta belajar di mrsmpc, xpernah sekali pun ta naik bas..ini semua kerana ayah...
Ta masih ingat ayah...semua kenangan kita bersama...xkan luput di ingatan...

InsyaAllah, Ta akan tabahkan hati dan redha dengan pemergian ayah…Ta tau, sesedih mana hati Ta, Mak lagi sedih..bukan 10tahun, bukan 20 tahun mak dan ayah hidup bersama..tp lebih 40 tahun…Semoga Mak tabah menjalani hidup seterusnya…Kami adik beradik akan menjaga mak sebaik2 mungkin…1Ramadhan tahun ini adalah yang sgt2 bermakna buat kami….

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda:"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan." [Bukhari]
Read more "Al-Fatihah Untuk Arwah Ayahku......"
Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks