Pages

1.16.2012

JADUAL PUASA


Bismillah...Ibu start post tahun 2012 ni dgn JADUAL PUASA yang ibu dapat daripada facebook...untuk menjadi rujukan ibu dan semoga bermaafat kepada semua...

Assalammualaikum...

Di sini ada jadual puasa sunat yang boleh dilakukan sepanjang tahun 2012.
Diubahsuai dari "template" yang dihasilkan oleh seorang hamba Allah bagi mencerminkan tahun 2012.

Merujuk kepada tarikh di kalendar Malaysia. Sebarang kesilapan, sila betulkan. TQ.

Untuk View (PDF)
http://opendrive.com/files/53562227_THQHl/Jadual%20Puasa%202012.pdf

Untuk Download (PDF):
http://opendrive.com/files/53562227_THQHl_905e/Jadual%20Puasa%202012.pdf

Juga boleh dilihat dari:
http://www.scribd.com/doc/78243279/Jadual-Puasa-2012

Semoga bermanfaat dan selamat beramal...
Album ini merupakan info semoga memberi manfaat kepada kita. amat dialu-alukan untuk sebar dan jemput sahabat lain ke page ini. bukan sahaja kita mendapat manfaat mereka pun perlu juga mendapat manfaat ini. Erti hidup pada MEMBERI


Read more "JADUAL PUASA..."

8.27.2011

Our 2nd bundle of joy!!

RAMADHAN BABY


MUHAMMAD ELMAN SYAHMIE BIN MUHAMMAD ZUL-WAQAR
Born on 27/8/2011 12:28pm
27 RAMADHAN
3.25KG
QUEEN'S MEDICAL CENTRE, NOTTINGHAM

Elman = Ilmuan
Syahmie = Berani
Read more "Our 2nd bundle of joy!!..."

6.24.2011

LEGOLAND

<<-- Lama dah ibu upload gambar2 ni...tp duk dlm draf memanjang...huhu...tanpa edit apa2...publish jer la...-->>

..MAY 2010...





































Read more "LEGOLAND..."

Buatmu Sayangku..

For my love, Mohd Zul-Waqar....


Terima kasih byk2 di atas segalanya...terima kasih kerana sentiasa di sisiku dalam susah dan senang...love you forever...


Read more "Buatmu Sayangku....."

4.19.2011

:: Cherries Blossom ::

Sepanjang duduk sini, xpernah lg kami amik gambar cherries blossom ni...klu tgk real, mmg cantik sgt...tp bunga putih camni sekejap jer..dalam 2 or 3 weeks je kot...bila kawan2 semua gigih duk amik gambar masa weekend, kami xsempat nak pegi...ada aje keje y nak kena settle kan...

So, sebab nak gak ada kenangan dgn cherries blossoom ni, kami pun gigih kan diri...ahaha..nasib baik kat University of Nottingham jer...So, sebelum ayah antar Eriem skool (Eriem masuk nursery sesi petang - kul 1 hingga 5.30pm), kami pun singgah kat park UoN ni tuk amik gmbr...layan jer laa gambar y xseberapa ni..ehehe...

-on da way nak ke park...muka ceria sbb tau after park dapat g skool..-

-Eriem & UoN lake-

-Eriem, UoN lake & duck ;p -

-cantikkan?? -

-kami!!-






-YB tdo..ahaha..ni on da way balik dari skool petang tu...mmg ni laa gaya balik skool..tdo kepenatan...penat pun, tdo ada gaya tau...ehehe-
Read more ":: Cherries Blossom ::..."

4.16.2011

:: Didik Anak Dalam Kandungan ::

Dipetik dari iluvislam

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita....amin..

Read more ":: Didik Anak Dalam Kandungan ::..."

4.15.2011

..Tentang Eriem & His Adik..

Assalamualaikum semua...
Lama Ibu x update pasal Eriem..n xpernah pun ibu nak tulis pasal 2nd pregnancy ibu..ehehe...busy plus malas betul nak update blog..xtau kenapa...asyik xjumpa jer 'en mahmood'.. ;p

Ok, pasal adik Eriem...InsyaAllah, klu ikut due, Ibu akan bersalin pada 3rd september 2011...beberapa hari lepas raya..dan klu ikut perancangan, ibu akan bsalin di bumi UK ini..So far, kandungan ibu dah masuk 20weeks or hampir 5bulan..half way to go!! ehehe...pregnant kat sini xsama cam pregnant kat mesia dari segi check up dia...klu kat mesia, asyik2 check up, asyik2 check up..n dapat asic folic laa..dapat obimin laa...tp kat sini xdiberi apa2 ubat pun..ibu beria nak obimin, sbb bp ibu rendah, tp xdapat...huhuhu....Ok, so far, check up y ibu telah buat pada:

08/02/2011 (Mary Potter Health Centre):
Ni first time jumpa midwife..buat buku record..n buat urine test, blood test...tu je kot...ooh kasi details pasal 1st pregnancy history...

25/02/2011 (Queens Medical Centre):
Buat 1st scan..
gambar kureng jelas sbb ibu malas nak guna scanner..ibu amik camera, n snap jer..ehehe...scan kali ni just nak confirmkan pregnancy n check kot2 ada problem ke..or twin ke...ehehe...klu tgk gmbr pun dah tau kan...dlm perut ibu ni hanya ada single live fetus jer..ehehe....

06/04/2011 (Mary Potter Health Centre):
Ermmmm apa ek y midwife tu buat...buat urine test..amik bp ibu...pastu check baby heartbeat..guna baby heartbeat monitor..Eriem cakap "baby can talk...baby said ta..ta..ta..(dia tiru bunyi heartbeat tu)" ahaha...

ermm tu je so far...next check up dgn midwife pada 08/06/2011..dua bulan lg..ehehe...n ibu waiting for 2nd scan...kat sini max 3 scan jer...xcam mesia..silap2 setiap kali check up bleh scan..setakat ni lom tau lg jantina baby...boy ke girl ke, Ibu terima jer...doa agar baby sihat alhamdulillah....oh ya, Marry Potter Health Centre tu cam klinik kesihatan kat mesia..n Queens Medical Centre tu hospital tempat ibu dijangka bersalin....

--------------------------------------------------------------------------------------

Ok, pasal si Abang baby ni plak....eriem xkasi kami panggil dia along...sbb ada family y kitorg rapat kat sini dah di panggil along...so eriem cakap "along is kak alya's brother"..ahaha...so, dia suruh panggil dia ABANG...abang Eriem pun xboleh..kena panggil abg jer..ehehe

Eriem dah tau ada baby dlm perut ibu..masa awal2 ibu pregnant dulu, masa ayah pi amik eriem kat nursery, tetiba teacher eriem tanya ayah, betul ke ibu pregnant? teacher eriem cakap eriem keeps saying that mummy's got baby in her tummy...ahaha...xleh simpan rahsia laa anak ibu ni...mmg chatter box!!

Eriem selalu gak skrg ni pretending (Eriem mmg suka main pretend2 ni..semua benda nak pretending) dia amik baby dr perut ibu n buat dodoi2 atas tangan dia...bagi susu...n bila dah penat, kasi balik kat ibu suh letak dlm perut...ahaha...senang nyer klu baby bleh kuar masuk dr perut ibu kan...

Eriem skrg sgt suka main games...games kat laptop, Wii, PS3, semua laa eriem konker...huhuhu...

Eriem is ibu's bestfriend ;p kalau kat umah, mana2 ibu pegi, mesti ada bodyguard..y paling xtahan, bila eriem cakap "Ibu, can i help u cook?"...jwb no, mesti ada y bising kat dapur tu...tp klu jwb yes, lambat ler kije ibu jadi nyer...bila ibu bebel kat ayah pasal ni, ayah cakap "ibu, org lain bebel2 nak suruh anak tolong kat dapur..ibu plak bising2 anak nak tolong kat dapur"...huhuhu ye laa ayah, klu anak tu dah besar panjang, mmg laa seronok klu nak tolong kat dapur ni...tp ni budak 3tahun...huhuhu...oh ya, satu lg "hobby" eriem skrg...balik sekolah je ajak ibu buat cake! selagi xlayan, selagi tu laa duk tanya bila nak buat cake..ibu rasa masa ibu pregnantkan eriem, xde nye masak2 ni..asyik makan luar jer...camana eriem bleh jadi rajin masak ni ek...mana kenan nya pun xtau..ahaha

ok lah, xlarat dah...nnt ibu update apa y patut lg ek...bila?? ooo cam biasa laa..bila ibu jumpa en mahmood...ahahha
Read more "..Tentang Eriem & His Adik....."
Related Posts with Thumbnails
 
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks