Pages

2.24.2011

Alhamdulillah :D




Read more "Alhamdulillah :D..."

2.14.2011

Salam Maulidur Rasul


dicopy dr blog ini..untuk sedikit renungan bersama...

Ada Yang Tak Tahu Pengertian Maulidur Rasul?

Salam A'laik.. Ada yang tak tahu apa itu Maulidur Rasul? MasyaAllah.. Aku mintak maaf pada yang masih lagi tak tahu apa itu maksud Maulidur Rasul ataupun Maulud Nabi. Ingin aku katakan, adalah amat memalukan sekali sebagai seorang Muslim jika kita tak tahu dan tak ingat tarikh yang paling “besar” dan bersejarah dalam Islam.

Hakikatnya, ramai yang hafal tarikh birthday Mawi. Ramai yang ingat birthday Siti Nurhaliza. Ramai yang tahu bila Justin Bieber keluar dari perut mak dia. Ramai yang tulis dalam organizer tarikh lahir Lisa Surihani. Ramai yang set kan birthday awek atau pakwe di handphone masing-masing. Tapi adakah anda ingat tarikh lahir junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW?

Yang sedihnya, ramai yang menganggap hari Maulidur Rasul ni tak ubah seperti public holiday yang lain. Maaf andai ada yang terasa. Aku bercakap ni bukan nak kutuk sesiapa. Aku sedar aku bukannya bagus sangat. Aku bukan orang alim. Tapi, tak salah rasanya kita nak perbaiki diri kita ke arah yang lebih baik. Saling ingat memperingati.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Maulidur Rasul?
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi jatuh pada pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT.

Rupanya sudah hampir 1500 tahun Nabi Muhammad meninggalkan kita. Mungkin disebabkan itu kita lupa tarikh lahir kekasih Allah itu. Hinanya kita sebab melupakan Rasulullah yang merupakan utusan Allah kepada umat Islam. Nabi terlalu kasih dan cintakan umatnya sehingga saat baginda hendak menghembuskan nafas terakhir. Kita? Adakah kita cinta dan kasih kepada Rasul kita? Umat Islam jenis apakah kita ini?

Sempena Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita muhasabah diri kita. Banyakkan berselawat ke atas Rasulullah setiap hari. Jangan hanya ghairah menyertai perarakan ketika Maulidur Rasul, tetapi kita terus lupakan baginda SAW selepas hari tersebut. Marilah kita berpegang kepada Sunnah dan ajarannya. Mudahan-mudahan kita akan beroleh syafaat daripada baginda serta mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

dicopy dr blog ini..

Berikut adalah sedikit informasi tentang bulan Rabiul Awal:

Rabiul Awal dikenali sebagai bulan yang mana berlakunya musim bunga bagi tanam-tanaman. Sudah kebiasaan bagi Tanah Arah, ketika ini pokok2 buah-buahan akan mula mengeluarkan bunga dan seterusnya berbuah. Nama ini terus dikekalkan walaupun selepas kedatangan Islam sehingga ke hari ini.

9 Perkara Penting Berlaku dalam Bulan Rabiul Awal:

  1. Kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.
  2. Perlantikan Nabi Muhammad sebagai Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yathrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kafir. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra.
  7. Pembukaan Iraq oleh Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra. Mereka telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Berlakunya pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


p/s: dah lama xupdate blog..amik berkat maulidur rasul ni...mana tau pasni rajin skit nak update kan...kihkih
Read more "Salam Maulidur Rasul..."
Related Posts with Thumbnails
 

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks