Pages

8.31.2010

Salam Perantau buat AF di Perth :)









SELAMAT HARI RAYA


MAAF ZAHIR DAN BATIN












Kami, Alham Hidayat dan Eriem ZulWaqar ingin menyampaikan ucapan ingatan tulus ikhlas buat Aqiel Faiz dan Atieq Faiz yang berada di Perth, Australia, dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Jangan sedih2 beraya di perantauan..Raya nnt jemput laa datang ke rumah kami di nottingham dan southampton yer... :)

Oh ya, kalau nak makan kuih raya, jgn lupa guna kan perkhidmatan kontena kami..kami tawarkan perkhidmatan kiriman dr malaysia ke perth..hahaha...

Last but not least, baju ini membuatkan kami kelihatan bertambah HENSEM!!

Salam Aidilfirtri
Minal 'Aidin wal-Faizin

Read more "Salam Perantau buat AF di Perth :)..."

8.23.2010

Ustaz Eriem..InsyaAllah.. ;p

Assalamualaikum...

Buat tatapan Tok, Uwan dan Atok...Alhamdulillah, eriem dah boleh hafal surah Al-fatihah..tp y ayat last tu, masih lagi merangkak2...tp boleh cuba lg..ni pun ibu ajar dalam seminggu..terkejut jugak ibu, terus eriem boleh hafal..good boy laa anak ibu ni...Eriem mmg bminat..setiap kali lps solat (kadang2 tgh2 main pun) amik quran nak baca...lps ni bleh next surah plak yer...

ni ustaz eriem versi shy2 cat...



ni baru versi anak jantan!! ehehe...tp last2 slow balik sbb xconfident...

Read more "Ustaz Eriem..InsyaAllah.. ;p..."

8.19.2010

:: Happy Anniversary ::





Happy 4th
Wedding Anniversary





Mohd Zul-Waqar & Wan Rukaida
19th August 2010
















They gave each other a smile
with a future in it













Alhamdulillah, dah empat tahun ayah dan ibu hidup bersama...to my wonderful husband, selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-4..semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga..InsyaAllah...

Tahun ni anniversary dalam bulan Ramadhan..Alhamdulillah, doa2 dapat rahmat dan keberkatan ramadhan kan..so, xplan nak celebrate pun..makan same2 masa bbuka dan solat samae2 laa kot...alaaa tp kalau fikir2 balik, setakat nih, ibu dan ayah xde laa beriya pun celebrate anniversary ni...sekadar mengingati tarikh penting dan doakan yang terbaik utk masa depan..itu lg penting kot...terkenang plak celebration2 y lepas...

1st anniversary :

masa ni mmg haru...ibu rasa ayah terlupa anniversary tp ayah cover konon nyer dia ingat...masa ni ibu baru masuk kerja slps cuti bsalin..esok nyer anniversary, ayah bleh balik kije petang tu, solat2, n pegi kije semula..kilang ada problem..balik kul 2pg..n awal2 pg esok nyer dah pegi kije balik..apa lg..merajuk laa ibu kan..maklum laa 1st time nak celebrate anniversary, punya beriya..sbb terlalu beriya, then ayah buat xtau, mmg parah aa jd nyer..bila dah tau ibu merajuk, ayah pun sibuk2 laa nak pujuk kan...pastu ayah siap tanya staff dia lg, klu anniversary, nak kasi apa kat wife ek..mentang2 boss y tanya, so staff ni cakap, boss pegi pegi gelang ke, cincin ke, rantai ke, mesti wife boss suka...pandai laa staff tu...y kelakar nyer, ayah kasi ibu gelang y sebijik ibu dah ada..ayah kata konpem ibu suka sbb taste ibu...ahaha ye laa ayah..tgk gambar sebelah, satu gelang ibu beli masa 1st gaji ibu (tp dgn bantuan mak ;p) n satu lg gelang ayah kasi...sama kan?? ahahaha....ayah..ayah....

2nd anniversary :

Masa ni kami tour europe...sgt2 best..masa anniversary, kami kat frankfrut..n masa tour ni, kami di bawa ke gudang Swarovski..crystal blink blink..so apa lagi, mata ibu pun blink2...ehehe..dapat laa hadiah anniversary satu set..kehkeh...blink2...thnx ayah...

3rd anniversary :

So far, ni anniversary year y paling sedih..masa ni, ibu kat malaysia, ayah kat UK..absolutely no celebration apa2..coz masa ni arwah ayah ibu sedang tenat di CCU..Tarikh pemergian arwah ayah ibu adalah 3 hari slps tarikh anniversary kami... :'-(

so tahun ni, tgk laa cmn history nyer nnt yer..ahaha..saje tulis kat sini, takut bila dah tua2 nnt, dah byk kali celebrate anniversary, dah lupa kenangan lama...apa2 pun,

To My Laling,

How do I begin to tell you how
lucky I am to have you in my life?
I'll start by saying what an honor it is
for me to be your wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until I became your wife.
You made this year and every year
the best one of my life.

Love always & forever
your wife..

Read more ":: Happy Anniversary ::..."

8.11.2010

Hari pertama ramadhan...

Pengalaman hari pertama puasa di bulan ramadhan tahun ni...puasa in summer...hari ni puasa dalam 17jam...dugaan tu...alhamdulillah, summer kat sini x laa panas mana...paling tinggi pun 25C kot..TAPI hari pertama, ibu dan ayah dah babas sahur..adoyaiiii...konon nak tdo kejap...kejjaaaaaappp laa sgt...

Pengajaran: kalau KONON nak lelap SEKEJAP jer pun, sila kunci jam ok!! huhuhuhu...

semalam balik skul, makan malam dalam kul 6ptg...so selepas tu dah xmakan2 dah..kira bsahur kul 6 ler...bleh gitu??ahaha..dihitung2, dah 26jam x makan ni..ermmm...org lain xmakan 2 or 3 hari ok jer kan...tapi serius, berkat puasa, xde laa rasa smpi lapar y teramat, smpi menggigil cam hari biasa klu xmakan...ALHAMDULILLAH...

sekarang ni ada dlm setengah jam lg nak bbukan...ayah eriem pun xbalik lg dr skul..mana laa ayah eriem ni....now ibu duk update blog sambil kasi budak sorang ni makan..kasi mkn kenyang2 dgn harapan xganggu ibu ayah nak bbuka dan solat nnt....

Rezeki bbuka hari ni...kurma, popiah..n nasi putih with rendang ayam dan sweet sour fish, n telur..oppss n ayam paprik y sepatut nyer tuk sahur semalam..kihkih..fish??mana fish ek?? ehehe..ibu suka guna buttered fish y kat asda tu..senang n murah...n telur tu sebenar nya utk si kecik ni...simple jer bbuka..xcam kat mesia..no air tebu..no laksa pinang...tadi plan nak buat murtabak guna kulit popiah..tp last minutes, malas ler plak..jd ler popiah jer..ahaha...ibu buat rendang ayam sbb senang sahur nnt makan jer rendang tu...yer laa kan, sahur ni xbest y bkuah2 sgt...
ok lah..apa ntah melalut ni..nak bbuka dah..yeeaaaa!!! oppssss alhamdulillah... ;)



Read more "Hari pertama ramadhan......"

8.10.2010

SALAM RAMADHAN

*RAMADHAN AL-MUBARAK*
Ramadhan adalah bulan yang permulaannya kasih, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka

Salam semua...Ibu dan ayah Eriem mewakilkan Eriem untuk ucapkan...



"selamat berpuasa from muhammad eriem shakiemi"..malu2..duk tgk org kat depan dia ajar cakap...ehehe...

sekali lg, kami di sini ucapkan selamat menyambut ramadhan buat mak, mama, abah, semua family di malaysia serta kawan2 yang mengenali diri kami..semoga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum nyer.. May you have a blessed Ramadhan. Watch out for the signs…..


---------------------------------------------------------------------------------

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah.

Oleh itu kami memohon maaf kepada semua jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Sesamalah kita maaf-memaafan.

------------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan dtg lg.. 1 RAMADHAN...genaplah setahun pemergian arwah ayah...rindu nyer pd ayah...disebabkan ibu jauh diperantauan, tidak terasa 'kehilangan' ayah..terasa seperti ayah masih lagi berada di rumah...SubhanaAllah...perasan rindu ini datang lg..Al-fatihah untuk arwah ayah..semoga ayah aman di sana di samping org2 beriman...


Mak ibu sekarang ni tgh busy uruskan 1st twin dlm family kami..y lahir 30/7 y lps..welcome to da world buat baby Nasiff and Wasiff..dan selamat berpantang dan berponteng puasa buat kak nie..ehehe..hari tu borak2 dgn ayah eriem, ayah eriem cakap ok lah mak sibuk uruskan cucu2 dia tu..xde laa dia teringat sgt genap setahun arwah ayah xde...then ayah eriem tambah lg..errmmm y kat malaysia xbanjir, jgn y kat UK plak banjir...ahahaha..mcm tau2 jer..mmg ibu sensitif skit kalau cakap pasal arwah ayah..even klu tau ada parents kawan ibu y sakit pun ibu sensitif..mesti 'hujan'..huhuhu...Ya Allah, berilah daku kekuatan..daku redha dgn pemergian ayah..dan daku tau setiap yang hidup pasti akan kembali ke Penciptanya suatu hari nnt...

-------------------------------------------------------------------------------------------
renung2 kan lah..

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
Read more "SALAM RAMADHAN..."

8.09.2010

Emirates Cup

Pada sabtu 31/07/2010, kami telah bertolak seawal pukul 7pagi menuju ke Kota London..misi utama adalah BOLA SEPAK!!!

family eriem, family insyirah dan family sofia bkonvoi sama2 dr nottingham ke london..sampai kat pinggir london, kami park kereta di situ dan naik tube ke city..perlawanan bola ini adalah bsempena dgn Emirates cup..klu ikut tiket, kami boleh menonton 2 games iaitu Celtic vs Olympique Lyonnais (kul 2pm) dan Arsenal vs AC Milan (kul 4.20pm)..klu tgk dua2 games ni, mau kejang ibu n eriem dlm stadium tu kan..kihkih..so, ayah2 bebudak ni consider tgk 1game jer..tq2!! tgk Arsenal vs AC Milan...

1st plan pd pagi tu ialah ke Buckingham Palace..nak tgk Changing Guard or Guard Mounting..the process involving a new guard exchanging duty with the old guard..

Buckingham Palace

nak ke palace ni, kami melalui Green Park..cantik gak park ni..mmg greeen gitu..ehehe..

Eriem y teruja nmpk MAKWE!! ahaha..sama pink plak tu...

at Green Park

tgk ler budak lelaki baju pink itu..mmg xterkejar ibu...yer laa kan, dah bosan duk dlm kereta 2jam lebih, mau nyer x jd hyperactive bila jumpa park y besar..kejar bird2 y banyak kat park nih..!!

bila perut dah lapar, apa lagi kan..serang MSD laa..nak mkn ikan keli..ehehehe...nasib baik ada..lps kempunan! lps makan n solat, kami ke Arsenal stadium..

menuju Emirates Stadium

ARSENAL!! go go ARSENAL!!

tgk ler senyuman ku...hati y bbunga2 sbb dapat tgk ball..eriem excited sgt..x abis2 nak clap2 hand tu..stiap kali org tepuk tgn, bkn saje eriem tepuk, ibu n ayah pun kena paksa tepuk sama..xsampai setengah jam game, eriem pun tertido kepenatan...dlm bising2 pun, eriem bleh layaaaannn...ahahaha...

the game


lepas tgk bola, nak balik terus ke nottingham, mcm penat sgt..so ayah decided tumpang tdo kat rumah baby sarah (kak aida-abg saiful) kat brunel..tq..tq byk2 sarah n family dgn layanan y BEST!! sebelum btolak balik ke nottingham, sarah bawak kami jalan2 kat Brunel University...

Eriem dan Sarah..

Brunel University

amboi2..sama laa gaya eriem dgn 'tuan' brunel tu...ehehe

dah nama org maths kan..mesti laa nak bgambar kat school of mathematical sciences kan...ehehe...

thnx sarah y comel!! nnt dtg nottingham plak yer...

Lepas jalan2 brunel, kami pun btolak ke nottingham..sblm tu, sempat gak singgah ke bicester village..thnx ayah eriem coz layan ibu nak ke sana..ahahaha... Read more "Emirates Cup..."

8.05.2010

Eriem oh Eriem...

Baru lepas jumpa supervisors td..terfikir nak update blog..teringat kisah pagi td...ibu tgh duk breakfast dgn eriem..duk laa makan cereal..dalam duk makan2 tu, ibu terpandang botol fresh milk, ibu saje laa nak test eriem, sbb ibu tau eriem suka klu ibu uji2 kebolehan dia ni...n lagi seronok klu kita puji2 well done, good boy kan..ehehe...so ibu pun letak laa botol milk tu depan eriem...

Ibu : what's this? (sambil tunjuk huruf M)
Eriem: M..
Ibu: Good boy..what's this? (sambil tunjuk huruf I)
Eriem: one..
Ibu: No, its I..
Eriem: No, its one.

ok lah, ibu pun malas nak terangkan lebih2...yer laa kan, I dgn 1 ssh nak beza gamak nye...ibu cakap dalam hati jer laa..lagi pun eriem byk belajar semua kat nursery dia..ibu x ajar pun...then

Ibu:what's this? (sambil tunjuk huruf L)
Eriem: seven!
Ibu: noooo, its L..
Eriem: no ibu, its seven!
Ibu: noo, its not seven, its L..
Eriem: noo ibu, its not L, its seven..
Ibu: nooo..this is alphabet, not number..
Eriem: noo ibu...look...its SEVEN!! (sambil terbalikkan botol milk tu)..

Ibu: errmmm...hahahaha...ok (x larat nak gaduh!!)

Eriem oh eriem...mmg sekarang ni OVERCONFIDENT betul.. betul ke overconfident ni ek...yer laa..klu dia rs apa dia cakap tu betul, dia akan betul kan ibu...bukan dia salah...klu cakap dia salah pun, ssh nak terima, kecuali kalau ayah eriem yang betul kan..yer laaa...ayah cakap semua eriem cakap betul...

satu lagi y ibu perasan, klu guna board alif baa taa ni...

ni bestfriend eriem kasi masa birthday eriem y lps..Thanks Insyirah!! sejak ada ni laa, Alhamdulillah, eriem dah bleh kenal aliff baa ta...papan ni keluar kan sound tuk each huruf..tp kadang2 sebutan diorg 'kasar' dr apa y kita sebut...org arab sebut kan...so, bila eriem guna ni, cth cam huruf tha..dia tau tu tha..tapi bila sound dr papan tu sebut, dia dgr cam FHA..so dia sekeras hati nak cakap FHA gak..you wrong ibu...aduss..klu kes camni, mmg ibu kena mintak pertolongan ayah laa...nak betul kan dia nih..ehehehe....

ni nak belajar ke, nak berposing?? ;p

tu laa perangai eriem sekarang..pot pet pot pet jgn cakap laa kan...eriem..oh eriem...
Read more "Eriem oh Eriem......"

8.03.2010

Doa Menghilangkan Sifat Malas dan Hutang


Allahuma innii a’uudzu bika minalhammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasali, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatiddaini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian. Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.

Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik. Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.

Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah agak berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

from here


Read more "Doa Menghilangkan Sifat Malas dan Hutang..."
Related Posts with Thumbnails
 

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks