Pages

6.25.2010

Kelebihan La ilaaha illallah

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan “La ilaaha illallah” maka dia dimasukkan kedalam syurga” (HR. Hakim)
Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:Jibril telah datang kepada aku lalu berkata,
Sampaikanlah khabar gembira kepada umatmu, bahawa sesungguhnya sesiapa yang mati dengan tidak mempersekutukan Allah Subhanahu Wata’ala, maka dia akan masuk syurga.

Aku bertanya,

Ya Jibril, sekalipun dia telah mencuri dan berzina?

Jibril menjawab,

Ya“.

Aku bertanya lagi,

Sekalipun dia telah mencuri dan berzina?.
Jibril menjawab,

Ya“.

Aku bertanya lagi sekali,

Sekalipun dia telah mencuri dan telah berzina?

Jibril menjawab,

Ya, dan sekalipun dia telah minum arak”


[Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Hibban dari Abu Dzar]

From:Nasbun Nurain


Read more "Kelebihan La ilaaha illallah..."

6.22.2010

SURAH PENAWAR - Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

dipetik daripada http://tazkirahs.blogspot.com/ Read more "SURAH PENAWAR - Surah Al-Kautsar..."

6.21.2010

HAPPY..happy..HAPPY..happy...

Better late than never kan?? hihihi...So di sini Eriem n Ibu nak ucapkan

HAPPY BELATED BIRTHDAY
to

MOHD ZUL-WAQAR MOHD TOHID...

Birthday ayah yang ke-28 pd 18-06-2010...celebration? xde laa..hadiah?? ermmm ayah demand tinggi sgt..so kena kumpul2 celebrations dulu, br bleh kasi 1 hadiah..bleh gitu?? ahahaha..oh ya, masa birthday ayah, ibu dapat hadiah..ahaha..masa buat birthday party eriem hari tu, blender ibu rosak..so, ayah hadiahkan ibu food processor..dgn alasan.."birthday ayah, ayah belikan ibu food processor supaya ibu sentiasa dapat masak masakan yang sedap2 untuk ayah" ahahaha...apa2 pun..thanx ayah!!

Ibu n eriem doakan semoga ayah panjang umur, dimurahkan rezeki dan mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat...semoga dgn pertambahan usia ini, maka makin bertambah ibadat kita pd yang Esa..

dan Eriem juga nak wish kan..
HAPPY FATHER'S DAY UNTUK AYAH!!
you r the best daddy ever for Eriem!! Semoga Ayah dapat mendidik Eriem menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat..dan menjadi contoh yang terbaik buat Eriem...Eriem sayang ayah...

dan xlupa juga ucapan
SELAMAT HARI BAPA kepada abah di Klang, En. Mohd Tohid...Jasa mu mendidik anak2 tidak mampu kami balas..terima kasih abah!!

dan kepada semua abang2 ku n kawan2 yang dah bergelar BAPA..Happy Father's Day!!! Jadi lah bapa yang bertanggungjawab dan disegani anak2... ;)

Dan terakhir dan teristimewa, sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah ayah ibu...semoga arwah tenang di sana dan berada di kalangan org2 yang beriman..Ameen...
Read more "HAPPY..happy..HAPPY..happy......"
Related Posts with Thumbnails
 

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks