Pages

2.25.2010

....MAULIDUR RASUL....

Kepada semua Umat Islam...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
pada 12 Rabiul Awal 1431 bersamaan 26 Februari 2010..


tiada harapan selain ALLAH..
tiada idola selain RASULULLAH..
tiada kata seindah QURAN..
tiada jalan selurus SUNNAH..
tiada perjuangan selain ISLAM..


Bersama kita menghayati sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan marilah kita perbanyakkan berselawat kepada baginda Rasulullah SAW....


Jom kita dgr Cahaya Selawat from Raihan..






Read more "....MAULIDUR RASUL......."

-Petua dari bonda -

email drpd seorg teman...rasa menarik utk dikongsi bersama...xtau lah kebenaran nya, tp apa y elok, xsalah kita amalkan....betul x...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Petua Buat Ibu-Ibu..

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya:

1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba...... -----------------------------------------------------------

InsyaAllah, anak2 kita akan menjadi umat Rasulullah S.A.W yang cemerlang dunia dan akhirat..ameen...

Read more "-Petua dari bonda -..."

Exercise ke ni???

Tgk gaya anak dan ayah bersenam....lps penat main kat luar, main plak kat dalam...dlm video ni, tgk punya cheeky eriem ni..dia y start buat noty2 kat ayah dia (00:09)..so, start laa senaman xjadik ala Eriem & ayahnyer...

Read more "Exercise ke ni???..."

snow againnn??

pictures ni semua di ambil pd ahad lepas, 21/2/2010..konon2 nyer plan nak pegi carboot coz dah lama xcarbooting ni...so bangun2, terkejut giler tgk kat luar snow...snow lagiii??? dah akhir feb dah...xsedar bila masa snow turun, tgk2, dah memutih...huhu...so, xjadi laa carbootting....

Eriem plak bila ibu bgth snow kat luar, punya excited..he said "take it..throw to ibu...take it..throw to ayah.."(siap dgn gaya)..then ayah cakap, ok lah, jom kita main kat luar..lps breakfast, eriem pun ready nak pi main!!!

Eriem buat snowman...
serius nyer muka...tp snowman ni xsempat siap...almost done, ibu dah letak tgn, mulut, eriem pun musnah kan dia...uhuhuhuAyah duk layan eriem main kat luar rumah....
snow fighting....


ni game bersihkan kereta or game cubaan pecahkan cermin kereta....
Read more "snow againnn??..."

2.23.2010

Tepung Pelita n Malaysian Food Festival!

Ibu buat tepung pelita!!! muahahaha...teruja tau, coz baru 1st time buat...siap dlm daun pisang lg..xtually, kawan2 rapat kat sini y dah merangkap cam famili kat sini nak buat party...we called it "our very own malaysian food festival" ahaha nama mmg kelaaasss...

so setiap org kena masak kuih traditional...so, selepas dipersetujui oleh semua hakim (siap ada hakim tu...), ibu kena masak TEPUNG PELITA...awal2 cuak gak, sbb serius xpernah masak tepung pelita ni...bukan tepung pelita jer, semua kuih2 manis ni laa..klu setkat kuih bakar tu, pernah laa...sbb ayah bukan jenis yang suka makan kuih manis2..klu kuih macam karipap ke, sardine rolls ke, tu mmg ayah telan!!

So, bmula laa cita2 tinggi ibu tuk masak tepung pelita...biasa kat sini org masak tepung pelita, letak dalam bekas2 plastik kecik2 jer, senang keje...tp ibu berangan nak buat dalam daun pisang..baru nmpk tradisional nyer kan??? ehehehe....so, ibu pun beli laa 2 bungkus daun pisang y harga nyer £1.09 sebungkus..ok laa kan, tp klu convert duit mesia, mahal tu tuk harga daun pisang y cenonet..ehehe...

So, ibu try laa tgk2 kat internet cara nak lipat sampan tepung pelita tu..xde cara2 lipat..cuma dapat ilham dr gmbr2 jer...n try masak dalam 5biji...mmg kelakar sbb senget benget sampan tu bila ibu dah masukkan tepung dia!!! nipis sgt kot ibu buat plus ibu x lembutkan dulu daun tu guna api sebelum lipat...mana ibu tau!! ;p masa ibu buat tu, ayah xde kat rumah..bila ayah balik, ayah gelakkan ibu..dia cakap ni sampan org malas...hahaha...

So, ibu apa lg, suruh laa org rajin tu buatkan sampan...so ayah pun try n error laa...buat 2, 3 biji y pertama mmg xjadi...lps tu....waaalllaaahhh...tgk sampan ayah ni....boleh laa tuk 1st timer kan...

So, lps sampan dah siap, ibu masakkan bahagian bawah dia...blend daun pandan, guna tepung beras, gula dan sedikit kapur...then kacau hingga pekat....n masukkan dalam bekas....ibu guna jugak bekas plastik tu sbb takut xcukup...maklumlaa, tukang buat sampan xlarat nak buat byk2....

bahagian bawah...
then, masakkan bahagian atas guna santan, garam dan sedikit tepung beras..bila dah masak, masukkan dalam bekas dia...dan hasilnyer....
tadaaaaa..ini lah hasil nyer....boleh laa dalam 50 ketul kot.. ;p
sedaaaapp tau..ehehe..sapa lg nak puji klu bukan ibu kan..ehehe...xsangka, mudah jer buat kuih ni...betul la kata org, sebelum buat mmg kita rasa ssh, klu dah buat, cam senang jer...ayah plak punya cam xcaya ibu msak kuih2 tradisional ni, selambaly said ni antara seven wonders of his world...caiiittt kureng ajar punya ayah....ahahah

To ummiwanie, bagitahu mak, n tunjuk kat mak gambar cuta masak tepung pelita ni yer..dulu bila balik kg,selalu suruh mak buatkan my faberet, kuih tepung talam..mak plak sbb dah biasa anak ramai, xkan masak satu loyang jer, mau 2 or 3 loyang y dia buat...n jenuh nak abiskan..pastu klu x abis, mak akan cakap, xmakan ke kuih yang mak buat tu...ehehe...riiinnnduuu laa kat maakkk.....lps ni, cuta plak masak utk mak yer mak..sebut jer kuih apa mak nak makan, cuta masak kan...muaahahaha..keret gileerrr..baru masak tepung pelita, blagak cam dah pandai masak semua benda!!!

our very own malaysian food festival

Kuih Keria

Apam Balik

Tepung Pelita

Kuih Seri Kaya Labu

Akok

Popia Sira

Kuih Rose

Kueh Teow Special

kuihs n nasi dagang!!


thanks to semua yang terlibat...kak tim & family, kak fida & famili, kak Shahnaz & famili, kak ZZ & famili, kak min & famili, amrul, fadzley n shah!! u ol mmg da best!!
Read more "Tepung Pelita n Malaysian Food Festival!..."

2.22.2010

BrEaKfAsT!!

Date : 20/02/2010 (Saturday)
Time : 9.++am

Hari ni Eriem breakfast special punyer...ehehe...Ibu masak cam biasa jer, masak nasi lemak..tp apa y special nyer...Eriem makan nasi lemak beralaskan daun pisang!!!! ahaha...sedaaaapppp sgt...tgk laa Eriem makan ni....

ummmpppp...yummmyyyy...yummmmyyyy....

makan sambil tengok cartoon

Nasi lemak + milk = ....

kat sini mmg senang jer nak dapat daun pisang ni...beli kat kedai Asian kat sini...org lain selalu beli kot tuk buat kuih2...tp ni 1st time ibu beli..sbb ibu bukan jenis y masak2 kuih ok...ehehe...nnt ibu cerita apa ibu buat dgn daun pisang tu yer...tunggguuuu...

Read more "BrEaKfAsT!!..."

My Facebook Account Has Been Hacked !!!

ehehehe..betul ke x blom dapat dipastikan...tp sejak dari sabtu, ibu xdapat masuk akaun facebook ibu!! huhuhu....lagi pun, fb badge kat sebelah kiri blog ni pun, kadang2 ada details ibu, kadang2 xde..ntah laa...

ada bagus nyer gak, dapat gak ibu berhenti main BARN BUDDY!! ahaha....I'm not a millionaire anymore...muaaahahaaa...selama ni ada gak hati nak stop main game ni..tp bila bosan2, bukak gak, n tanam balik pokok2 bunga y cantik itu..ehehee...so now, dah TERPAKSA stop..ehehhe

haruskah ibu create a new account?? errmmm nnt2 dulu laa...tunggu mood ibu rajin dulu..ahaha...MAH'Mood' juga jadik alasan... Read more "My Facebook Account Has Been Hacked !!!..."

2.16.2010

Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

Untuk peringatan diri ibu dan semua pembaca blog ibu eriem...dapat email drpd seorg kawan, dan ibu rasa amat menarik untuk dikongsi bersama....
--------------------------------------------------------------------------------------------

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat. Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

Solat itu tiang agama!

Solat itu tiang agama!
Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain. Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilat Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;
    • Kepentingan solat
    • Kelebihan solat
    • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
    • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
    • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
    • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
    • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
    • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat
Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari. Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.
http://4.bp.blogspot.com/_k79u0mZBh20/SZvBdfptkMI/AAAAAAAAAxg/C52P3A7fz-M/s400/bookmarknorbitt_158.jpg

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin

Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.
http://1.bp.blogspot.com/_Q3HTMy1qQng/SRZugTDvxhI/AAAAAAAAAVI/bniHx99hUzU/s400/Bh00197.jpg

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat

Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.

Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.

http://4.bp.blogspot.com/_jiviReq5z8o/SJbTAiP1eaI/AAAAAAAAAK0/DCl-8hJfPSk/s400/32789541840078l.jpg

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi

Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya. Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.

http://shinekoramon.files.wordpress.com/2009/09/tidur.jpeg


6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita. Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’. Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!

http://1.bp.blogspot.com/_NHBhY6TnkIY/SzQoH9Dz8gI/AAAAAAAAAA4/z3IzMITE6_4/s320/mind.jpg


7. Ingat mati

Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

kubur.jpg image by pamiesz

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”

http://photos.bravenet.com/420/318/568/7/E9E9B847C3.jpg

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat
khusyu’ semasa solat.

http://muhammadkamal.files.wordpress.com/2009/08/solat-1.jpg
Read more "Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat..."

2.15.2010

SLidE

Baru2 ni Eriem ke city...dalam broadmash shopping complex, ada tempat main2 tuk budak2, sementara tunggu parents shopping..ehehe..FOC ok..so, Eriem pun seronok laa dapat main kat cni, dapat kawan2 kat sini..ayah, ibu, nnt kita pergi main lagi yer...layan jer laa gambar2 eriem...


tu jer eriem nak story tuk hari ni!! daaaa... Read more "SLidE..."

2.10.2010

:: SOLAT ::

Alhamdulillah...sejuk hati ayah ibu tengok perangai anak macam ni...semoga anak ayah ibu membesar dalam iman...

Biasa nyer kalau ibu nak solat, ibu akan bgth eriem..bila nak amik wudhu' dan solat eriem akan ikut sama coz eriem y jenis xleh duk sorang2..kena berteman gak...biasa nyer masa ibu amik wudhu', ibu akan basuh tangan eriem sama...so, lepas basuh tangan, Allahuakbar....

Actually, masa gmbr ni di amik, Eriem br lepas makan apa ntah..wafer kot..so dah nak tdo, ibu suh gosok gigi..n basuh tangan sama...lepas basuh tangan, eriem cakap nak Allahuakbar (oo sbb lps basuh tangan, kena solat..ehehe)...Eriem mintak sejadah.. n suh ibu amikkan surah yassin..ibu pun ikut kan jer laa...alhamdulillah...bagus anak ibu ni...

Eriem akan solat dulu, biasa nyer 1rakaat jer laa..ahaha..xsempat ibu nak amik gmbr, sbb skejap sgt solat nyer...lepas solat, baru baca yassin...

....bila nmpk ibu amik gmbr dia, terus laa cheeky cheeky face dia tu....


pssssstt..cantik x sejadah eriem?? ehehe...sejadah ni adalah salah satu hantaran kawin dr ayah untuk ibu...skrg dah jadi Eriem punyerr dah...jaga elok2 yer eriem...

Pesanan untuk anak ibu, ayah dan diri ibu juga... JAGALAH SOLAT MU...dan BUAT DI AWAL WAKTU..InsyaAllah.... Read more ":: SOLAT ::..."

2.09.2010

Let's go to school!!

Semangat baru selepas seminggu x pegi skul!!!
kalau tang berposing, mmg xkalah!! Read more "Let's go to school!!..."

2.08.2010

BOS KECIK!

Lama ibu xupdate blog ibu ni..bukan apa, baru2 ni eriem xsihat..demam jer..tp biasa laa, klu eriem demam, xjadik kije ibu ni...asyik kena tgkkan dia jer..sbb risau takut tetiba dia 'tarik'..

Alhamdulillah, Eriem dah sihat dah..dah pergi skul dah arini lepas seminggu ponteng skul..huhuhu...ni ada gambar BOS KECIK masa tgh demam tu..tp masa ni dah segar skit laa..dah nak makan...so, makan pun dalam bilik..ibu malas nak bw dia turun makan kat bwh sbb sejuk + actually, dah nak tdo, baru mintak nak makan fries....sib baik demam, kalau x hangin jugak ibu..ehehe

-kusyuk tengok CARS yang dah ke berapa ratus kali..ahaha-

-muka terkejut ibu amik photo dia!!-


-then, mula laa posing2 suh amik gambar dia...-

note: abaikan 'keindahan' rupa meja tu...bsepah tanda buat kije kan?? kihkih
Read more "BOS KECIK!..."
Related Posts with Thumbnails
 

Great Morning ©  Copyright by JOURNAL of LIFE | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks